Thursday, 16 February 2012

Ikan Haruan Masakan Dalam Pantang

Assalamualaikum,

Bila dalam pantang ni nak makan pun kena jaga tak boleh makan makanan yang sejuk2. Mak pesan kena makan nasi panas dan jangan biar perut kosong nanti mudah dapat sakit. Mak aku sempat jaga aku seminggu je lepas keluar hospital hari tu pastu mak mertua pulak take over tak sampai seminggu. Hari ni aku mula bersendirian menguruskan diri dan anak2. Apa nak buat pandai buat anak pandai2 la uruskan tak gitu hee... takmo menyusahkan mak dan mertua sebab dorang pun ada komitmen lain tapi kalau dorang nak tolong terima je la.

Sebelum mak aku balik kampung hari tu dia dah siap2 buat stok lauk dalam pantang untuk aku. Mak aku perapkan ikan haruan simpan dalam esbok nak bagi senang aku masak. Stok ikan haruan sumbangan anak saudara dari kampung hasil menggagau kat sawah padi punya la banyak cukup untuk makan sebulan.


Ikan haruan ni dah siap perap tinggal tambah air asam jawa dan masak sampai pekat, nama masakan aku tak tau tapi tiap kali dalam pantang ni la masakan yang mak aku selalu masakkan. Mak perap ikan haruan dengan bawang putih, halia muda, lada hitam dan garam. Aku cuma tambah air asam jawa pastu masak sampai kuahnya pekat, makan dengan nasi panas baru berselera doh.
Kenapa la perut asyik lapar je time dalam pantang ni biskut jacob dah abis dua tin aku bedal dalam masa 10 hari, adui tak boleh jadi ni orang nak kuruskan badan dalam pantang aku plak cam nak menggemukkan badan plak.

Si abang ni tak renti2 mengadap si baby asyik nak di cium2 je baby tembam ni.

6 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

bukan orang pantang je makan, cik ina nengok pun kecur air liur, sedap panaskan badan.geram tengok pipi baby , rasa nak cubit.

Rinna said...

Sedapnya lauk dlm pantang tuh.. org bukan dlm pantang pun rasa2 nak makan jugak..

Si abg sayang baby.. pas tuh tgk plak baby comel sgt..tuh yg nak ciom2 tuh.. :)

Irfa said...

lauk dalam pantang bila di igt sgt menyelerakan skrg.tapi bila diri dalam pantang.huhu..nak nanges rasa

masa bersalin dalam pantang..hari2 makan sup haruan

ibh said...

Mully..ko tau tak aku cukup suka menu org pantang tau.Sedap.. Ala mully ko tu mkn la byk mana pun..tetap juga keding mcm tu..heee. Jeles aku tau

Rtp Farra Arisha said...

sedapnya...hiks hiks selamat berpantang ya. :) and jaga sebaiknya makan dan minum harian. :)

cheik tiote said...

sesiapa tahu mana nak tempah ikan haruan