Monday, 30 July 2012

Berbuka Dengan Pasta Dua Cara

Assalamualaikum,

Berbuka puasa hari ni cuma makan shell pasta dengan sup cendawan, tapi biasa la pasta ni cuma aku je yang layan. Anak-anak aku layan nasi je sebab dorang tak suka makan pasta, cuma boleh hirup sup cendawan tu je. En. suami berbuka kat ofis hari ni ada majlis berbuka kat sana.



layan sorang je



sedap tau aku makan dua mangkuk pasta ni



salad pasta mudah cuma buh tomato ceri ngan keju ceddar pastu tuang sos yang dibuat dengan mencampurkan mayonis, yogurt dan jus lemon.



gaul-gaul rata pastu makan ermmm shedappp

*resepi pasta orang malas heee...

Friday, 27 July 2012

Cer Teka!

Assalamualaikum,


abaikan rak yang bersepah tu, fokus pada orangnya aje
-
-
-
-

Cer teka sapa yang snap gambar ni?

-
-
-
-
-

ada iras tak Dak Tecik ngan watak Ran dalam katun Detective Conan tu? aku tak tau nama watak katun pompuan tu apa aku tanya kat abang dia kata Ran. sapa la punya kerja snap gambar ni ya.... teka jangan tak teka kik.kik.kik

Thursday, 26 July 2012

Apam Nasi

Assalamualaikum,

Sepanjang bulan puasa ni dapatla aku bereksperimen didapur dengan membuat kuih-muih dan hidangan lain untuk berbuka puasa. Dalam kepala asyik dok pikir apa la yang nak dimasak untuk berbuka. Aku lebih suka masak sendiri kuih-muih dari membeli kat param tu bukan apa kalau buat kuih sendiri boleh dapat banyak sikit dan rasanya dah tentu sedap. Buat kuih sendiri boleh gak bagi kat jiran-jiran dan dapat jugak aku mengeratkan hubungan dengan jiran tetangga hee.. :))



dah lama simpan resepi apam nasi dari blog Bicara Kak Noor baru semalam berjaya membuatnya. hasilnya tak mengecewakan kerana apam nasi ni teramatlah sedap dan senang nak buat. terima kasih ya Kak Noor kerana berkongsi resepi apam nasi yang best ni.



apam nasi ni makan dengan kelapa parut yang digaul sedikit garam memang sedap membuatkan tak cukup seketul dua dikunyah, sedar-sedar aku sorang je makan 10 ketul. aku buat 1/2 adunan apam ni sebab baru nak mencuba takut tak menjadi so lepas ni boleh buat 1 adunan dan boleh bagi jiran-jiran sebab dah lulus ujian hee...

aku kongsikan resepinya ya

Apam Nasi Dari Blog Bicara Kak Noor

bahan-bahannya

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 peket yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
kelapa parut secukupnya

masuk semua bahan dalam bekas kecuali nasi dan air. gaul rata dan ketepikan.
kisar nasi dengan air sampai hancur dan campurkan dengan bahan yang digaul sampai semuanya sebati.
perap adunan 3 jam atau sampai adunan naik dan berawan.
panaskan kukusan dan kukus adunan dalam acuan kesukaan selama 10 - 15 minit.

*pastikan yis masih elok dengan menjalankan ujikaji terhadap yis. kalau yis dah mati tunggu sampai esok pun adunan tak akan naik kik.kik.kik.
*ujikaji terhadap yis boleh dibuat dengan memasukkan yis kedalam air suam dan secubit gula kalau yisnya membuak-buak atau berbuih tu tandanya yis hidup. kalau serupa keadaannya tandanya yis tu mati toksahla guna.

Saturday, 21 July 2012

Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa

Assalamualaikum,

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua teman-teman bloger yang tak jemu bertandang ke blog yang tak seberapanya  ni. Kesudian kalian untuk menjadi rakan di alam maya amatlah aku hargai. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan bersama-samalah kita mempertingkatkan amalan di bulan yang mulia ini. Marilah kita bersama-sama menyediakan juadah bersahur dan berbuka untuk keluarga dengan penuh kasih dan sayang, moga-moga kita mendapat keberkatannya.

-
-
-
-
-
-



Inilah anak buah terbaru aku yang sam-sama bam bam dengan Dak Tecik tapi yang ni berjaya menewaskan Dak Tecik dengan berat 4.61kg waktu dilahirkan itupun secara pembedahan setelah ADIKKU ini berhempas pulas di hospital lebih 24 jam dan terpaksa akur untuk dibedah kerana baby yang besar. Alhamdulillah akhirnya semuanya selamat.


yang atas tu mirip kan dengan Dak Tecik ni masa dilahirkan, yang sama tang pipi yang gebusss

Tuesday, 17 July 2012

Roti Paung

Assalamualaikum,

 Sekarang ni nak menghapdate blog punya la rasa malas, gambo2 makanan dah banyak tapi tu la mood semakin kurang disebabkan kebizian maklumla ada Dak Tecik yang sentiasa nak di pantau. Baru je nak bersenang lenang mengadap lappy Dak Tecik dah bangun dari tidur. Dak Tecik tidur lama lagi ayam bertelur, pendek kata ayam belum keluar telur Dak Tecik dah terjaga. Okey la terus je ke tajuk utama kalau tak bertambah melalut plak.



Roti Paung ni aku buat hari sabtu yang sudah, ni baru belajar dari my sister in law yang datang dari Terengganu. Kalau kat sana roti paung banyak dijual panas-panas yang orang kata masih fresh from oven la katakan. Masa membuat roti paung ni aku la yang jadi tukang menyediakan bahan-bahan maklumla nak belajar tapi yang menguli dohnya cik sister in law aku la. Masa menggentel doh aku cuba la jugak siap buh inti kaya lagi, siap bakar terus hadap panas-panas perghh... sedap habis seloyang.



ni roti paung yang ada inti kaya, letak dalam loyang 4 segi. disebabkan tangan masih kekok menggentel doh, tu yang terkeluar intinya.



ni plak loyang besar sikit tu yang dapat banyak. resepi lain kali aku tepek bila roti paung aku buat 100% guna tangan sendiri.



macam-macam loyang aku ni kan, takde yang sama saiz.

Tuesday, 10 July 2012

Masuk 5 Bulan Dahi Benjol

Assalamualaikum,


 meja Along jadi tempat lending paling best untuk Dak Tecik

Dak Tecik ni dah pun masuk 5 bulan, cepat betul masa berlalu rasa macam baru semalam lahirkan Dak Tecik yang tembam ni. Sekarang Dak Tecik dah mula belajar merangkak dan duduk menyenget. Baru mula nak merangkak dah macam-macam yang nak diterokanya. Dak Tecik paling suka masukkan semua benda dalam mulut, pantang nampak wayar terus nak tarik-tarik masuk mulut. Aku lepaskan Dak Tecik bebas meneroka rumah tapi letak atas toto yang kubentang kat lantai siap dengan toto sekali Dak Tecik makan. Dalam usia macam ni la yang letih sikit apa taknya sedar-sedar jer Dak tecik ni dah terlepas merata-rata mengemop lantai guna badannya. Dak Tecik ni pantang nampak benda atas lantai laju je dia nak capai masuk mulut tu yang kena berjaga-jaga, siap pesan kat Along ngan Abang jangan sepahkan barang-barang kat lantai nanti Dak Tecik makan.


ciann Dak Tecik ni syediih

Malam tadi tengah syok tengok tv Dak Tecik pun syok nak belajar merangkak, sekali terlajak merangkak dahi Dak Tecik tertomos kat lantai haaa... benjol sikit mujur hari ni benjol hilang berkat cepat-cepat di tuam. Mama elok-elok letak Dak Tecik atas toto dia sibuk nak merayap jugak atas lantai kan dah sakit dahi.

Sunday, 8 July 2012

Sundubu Jigae - Cuba Masakan Korea Di Rumah

Assalamualaikum,


Ha inilah namanya Sundubu Jigae sejenis sup yang selalu disediakan oleh orang korea. Aku selalu tengok dalam drama korea dorang selalu masak masakan ni, ada tahu lembut, telur dan makanan laut. Tiap kali tengok drama korea mesti rasa tertanya-tanya apalah masakan dorang ni, sedap ke rasanya sebab nampak menyelerakan tambah plak dorang makan panas-panas huh terliur je.



masak guna periuk kecik jer
 
Masa dok belek-belek majalah lama terpandang resepi ni kat majalah mingguan wanita keluaran 28 januari 2011. Apalagi aku pun menerai la masak sup ni, ok la nak menyediakannya senang dan ringkas dan rasanya juga boleh diterima tekak tapi lain kali kena buat pedas sikit baru kick bak kata Chef Joe dia punya rasa melompat-lompat dalam mulut kik.kik.kik...



Masakan Korea yang mudah disediakan tak serumit nak menyediakan sup ekor. Hirup kuahnya panas-panas atau makan dengan nasi panas, aku makan dengan nasi goreng je. Nak resepi meh aku bagi, cubalah sendiri ya sekejap je nak masaknya.

Sundubu Jigae

bahan2
100g tahu lembut (tofu)
50g daun bawang
3 ekor udang (boleh ganti dengan sotong atau kupang)
3 ulas bawang putih
1 biji telur
1/2 sudu serbuk cili
garam secukup rasa

cara membuat
tumbuk bawang putih
hiris daun bawang
didihkan 250ml air dan masukkan bawang putih
kemudian masukkan serbuk cili, udang, telur dan tahu lembut.
masukkan garam secukup rasa dan masukkan daun bawang.
sedia dihidang.

*senangkan nak masaknya, aku tambah perahan limau kasturi masa nak makan. resepi ni cukup untuk sorang makan je. kat resepi tu tak tulis serbuk cili tu 1/2 sudu kecik ke sudu besar aku hentam sudu kecik dan pedasnya tak terasa dilidah.

pada yang minat drama korea tu cubalah pulak masakan korea ni, selamat mencuba.

Saturday, 7 July 2012

Koleksi Baru... Bila Nak Cuba Ni

Assalamualaikum,


Hari tu berkira-kira nak beli mujur adik kesayangan aku baik hati nak bagi. Adik aku beli asalnya tapi bila dia tengok recipe semua dalam bahasa inggeris terus dia bagi kat aku Oh My English katanya kik.kik.kik... rezeki aku la tu.



Dalamnya ada benda ni, 40 keping kad recipe cup kek, alat mengasingkan telur, peper cup kek ngan piping set plastik. Boleh guna ke tak piping set tu tak tau la, macam mainan budak-budak je aku tengok.



Nak cuba yang ni dulu, cup kek apple errmmm... bila ya.

Monday, 2 July 2012

Puding Karemel Lagi

Assalamualaikum,

Dah beberapa hari teringin nak makan puding karemel baru hari ni dapat buat. Sambil masak tengah hari tadi menyempat buat puding karemel guna steamer karen senang gitu, jimat gas tapi banyak guna karen heee..


menggiurkan betul ni yang tak menyempat nak makan, manis berkrim resepi ambik kat SINI. Kali ni aku guna 8 biji telur sebab susu cair tu aku dah guna sikit so kena kurangkan bahan2 yang lain dan tambah dua skop susu anak aku.


nampak kejadian puding yang berlubang-lubang macam cheese tu? sebabnya telur tu aku pukul sikit guna handwhisk. hari tu kakak ipar aku tanya kenapa puding karemel yang dia buat takde berlubang inilah jawapannya sebab telur yang dipukul menyebabkan puding berlubang-lubang. aku suka tengok puding berlubang camni macam cheese dalam cerita kartun ;p



letak satu lagi gambar besar-besar hee... shedapnya... anak aku kemain suka ngan gula karemel tu manis la katakan. nak senang buat gula karemelnya gunalah kuali tak melekat tu bila agak-agak gula dah cair terus letak air sikit senang tak hangus pun. kakak aku punya la tensen buat gula karemel sebab selalu pahit, tu yang dia selalu je suruh aku buat puding ni kalau dia nak makan. apa yang panjang cerita aku ni... hee... layan je la ya.