Monday 12 September 2011

Kelakarnya Saudara Sendiri Pun Tak Kenal

Assalamualaikum,

Hari raya tu baru jer bapa saudara aku bercerita tentang kisah saudara yang kenal saudara bila hari raya baru la kenal saudara. Apa taknya kalau dah masing2 terpisah jauh dan kali terakhir jumpa masing2 masih berhingus maunya nak kenal bila masing2 dah beranak pinak. Kisah ni terjadi pada isteri bapa saudara aku yang memang tak kenal nenek saudaranya. Walau pangkat nenek saudara tapi dia masih muda dari isteri bapa saudara aku ni.

Kisahnya bermula bila nenek saudara yang dah lama tak muncul ni tiba2 datang beraya ke rumah ayah isteri bapa saudara aku. Si nenek ni masuk dan bersalam2 sambil bertegur sapa dengan saudara2 yang dah lama tak ditemuinya dan bila sampai giliran isteri baba saudara aku si nenek ni boleh pulak memanggil cucu saudaranya dengan panggilan kakak, apa lagi gamat satu rumah dengan gelak ketawa bila sinenek memanggil cucu saudara dengan panggilan kakak. Si nenek yang memang tak tau apa2 cuma terpinga2 kebingungan bila diketawakan, bila diperkenalkan barulah sinenek tersipu2 malu kerana dah tersilap panggil. Itulah bila dah duduk berjauhan dan terputus hubungan bila bertemu semula mesti ramai saudara yang dah tak kenal saudara.

Apa yang dapat aku pelajari dari cerita bapa saudara aku ni ialah bila kita dah berkeluarga dan duduk merantau kenalah selalu bertanya kabar sanak saudara supaya kita masih kenal siapa ahli keluarga kita. Bila raya tu bawalah anak masing2 menziarahi kaum keluarga jauh dan dekat takut2 nanti anak2 dah tak kenal saudara sendiri pulak lebih2 lagi untuk orang yang ada keluarga besar cam aku ni. Nanti takut pulak terjadi anak saudara termengorat nenek saudara pulak hee...haru dibuatnya. Raya sebulan jom kita melawat sanak saudara jauh dan dekat untuk mengeratkan silaturrahim!

1 comment:

Rina Rahamat said...

bila rayalah kita baru jumpa saudara-mara kan..sbb tu penting pegi beraya bila tiba hari raya..hik hik..