Wednesday, 28 September 2011

Apa Hal Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Aneka Di Tutup

Assalamualaikum,

Letih rasa badan aku ni bukan sebab kena bekerja tapi macam tak ada kerja plak duk menepek kat klinik cam tak ada kerja lain nak buat. Ni la yang aku paling malas sekali bila kena berulang alik ke klinik tiap2 minggu time mengandung ni. Kalau pegi klinik terus buat apa yang patut pastu boleh balik tak pe la jugak ini kena menunggu macam penunggu, letih badan. Kalau kat rumah dah boleh siap basuh baju dan sidai baju pastu siap masak dua tiga hidangan sambil lepak2 tengok drama korea.

Aku memang malas nak pegi klinik awal2 bukan apa sebab aku dah tau problem darah aku yang low, mula la misi2 ni nak cucuk2 ambik darah aku macam drakula. Hari ni dah bagi tarikh kena rujuk doktor kat klinik kesihatan pulak 2 minggu lagi dan minggu depan kena datang klinik minum air gula. Aku bukan ada kencing manis pun kena jugak minum air gula tensen aku dibuatnya.

Apa yang membuatkan aku rasa geram ngan Kementerian Kesihatan ni ialah kenapa la diorang tutup Klinik Kesihatan Ibu dan Anak kat Klinik Aneka, udahla jauh nak kena pegi Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Bukit Kuda. Tak boleh ke biar je klinik tu terus beroperasi walau pun ko nk bukak klinik kat Bandar Botanik tu. Sudahlah rakyat Klang ni ramai boleh pulak tutup2 operasi klinik, ni yang rasa nak marah ni. Kalau aku ni mampu tak de maknanya aku nak pegi klinik percuma ni, nasib baik la tak mampu sabar ajela ngan kerenah klinik percuma ni. Sepatutnya Kerajaan kena bukak lagi banyak Klinik Ibu dan Anak bukan menutupnya, sebab sekarang ni kan dah makin bertambah ramai orang yang berkeluarga. Setakat bukak klinik 1 Malaysia takde banyak faedah pun.

4 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

kenapalah dorang tutup, cik ina rasa kat situ yang paling senang. nak bukak kat bandar botanik plak, lagilah susah nak naik bas.

Cik Ina Do Do Cheng said...

kenapalah dorang tutup, cik ina rasa kat situ yang paling senang. nak bukak kat bandar botanik plak, lagilah susah nak naik bas.

ibh_sue said...

Waahhh..ko preg ya mully..tahniah!..(^_^)

Anonymous said...

i am looking for clinic for my new born baby injection. where is the nearest klinik for setia alam resident?