Thursday, 28 July 2011

Daging Masak Merah

Assalamualaikum,

Masak daging lagi aku, kali ni masak daging merah pulak. Resepi takde ikut sapa2 aku main hentam je dari dulu lagi aku masak camni dan jadi kegemaran famili aku. Daging merah ni guna daging batang pinang sebab lembut dan cepat sikit nak masak, yang pasti tuan rumah tak sakit gusi nak kunyah2 daging.

Rebus dulu daging yang dah dibersihkan, masukkan halia yang diketuk dalam rebusan daging. Kalau nak cantik merah buh pewarna merah sikit tapi aku tak suka sebab suami komplen warnanya pelik. Bila daging dah masak sejukkan dan hiris daging nipis2. Jangan buang air rebusan daging.


Tumis serai sebatang, sedikit lengkuas yang diketuk, sedikit halia yang diketuk, bawang putih ketuk dan sebiji bawang besar yang dihiris kasar. Bila agak layu masukkan daging yang dihiris tadi dan tumis sekejap.



Ketepikan daging dan masukkan dua sudu cili blend. Tumis cili dengan api sedikit besar dan sebatikan dengan daging. Kacau rata2.



Masukkan sesudu sos tiram dan dua sudu sos cili, kacau rata biar sebati dengan daging. Kemudian masukkan air rebusan daging tadi. Ikut la kalau nak banyak kuahnya lebihkan air rebusan kalau suka pekat buh sikit je. Masak sekejap dan perasakan dengan garam dan sesudu madu. Kalau suka pedas boleh ketuk cili api dan masuk dalam daging yang dah hampir nak masak. Tutup api dan sedia dihidang.



Dah siap daging masak merah cara aku. Tabur cili merah untuk hiasan (cili merah tak cukup utk hiasan hee.. bab2 hias masakan ni mmg aku fail)

Wednesday, 27 July 2011

Donut ku Bukan Dunkin Donut atau Big Apple Donut

Assalamualaikum,

Hari aku terajin la pulak mengN3 dua kali hee...
Donut aku buat ni sebab anak aku merengek2 nak makan donut
Pebret anak pompuan aku makan donut yang aku buat kalau Dunkin Donut atau Big Apple Donut jangan mimpi dia nak makan.
Tapi aku suka makan Big Apple Donut sebab donutnya ada banyak toping yang menyelerakan bagi aku terutamanya toping coklat, anak aku tak suka tak apa aku makan satu box sorang2.
Donut yang aku buat sendiri anak aku makan banyak2 sebab dia memang suka donut yang tabur gula, makan la janji dia suka aku pun suka.



Yis untuk buat donut tengah membuak2 tuang dalam adunan tepung dan uli la tepung sekuat tenaga yang ada



Tambah kentang lenyek dalam adunan donut untuk bagi donut lebih gebu dan tak keras bila sejuk



Bila dah siap uli dan adunan doh donut dah naik bentukkan la dengan acuan donut. Jangan gelak donut aku ni tak cantik. Goreng dengan api perlahan kang kalau api kuat donut cepat hitam.



Tengok donut aku ni walau dah tabur gula tetap nampak hitamnya, takpe janji sedap. Yang bulat2 cam cekodok tu hasil kerja tangan anak pompuan aku nak donut bulat katanya layan jer la.

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Assalamualaikum,

Menu senang untuk disedia
Aku reka2 resepi
Mak mentua pun suka
Maka jadilah aku menantu yang di senangi
Heee... puji diri sendiri lagi



Tumbuk cili merah, bawang merah, bawang putih
Masukkan kelapa parut dan sedikit belacan, tumbuk lagi
Tambah garam dan perahan asam limau, gaul rata
Sumbatkan dalam ikan cencaru yang dibelah belakang



Bakar ikan atas pemanggang sampai masak
Bila dah masak letak dalam pinggan
Makan cicah dengan air asam
Fuhh sedap tak hingga

Sunday, 24 July 2011

Popia Mini Dan Popia Horlick

Assalamualaikum, selamat berhari minggu dan selamat beriadah bersm keluarga. Ni projek semalam punya, buat popia untuk dikunyah2.



Popia mini ni guna inti serunding ikan yang aku buat sendiri sebab banyak ikan yang tak habis dimasak tersimpan dalam peti ais. Dari ikan tu tak dimasak aku pun jadi rajin membuat serunding ikan. Saja buat popia mini ni dalam 100 pcs letih tengkuk menggulung popia cenonet ni. Bila time makan sekelip mata je habis dingap anak2 aku yang memang sukakannya.



Popia horlick ni lebih senang nak dibuat sebab tak perlu menggulung kecik2 cam popia mini, cuma gulung kulit popia, potong2 dan goreng kemudian taburkan je dengan campuran horlick bersama gula dan nestum. Senang sangat nak buat dan memang sedap budak2 mesti suka sebab ada ho.. ho.. horlick lah.

Popia ni makan sambil tengok tv memang best sedar2 je habis sebalang kena ngap. Kalau time raya tak yah beli buat sendiri je sebab senang sangat nak membuatnya. Memang 2 jenis popia ni laku time raya berbanding biskut2 yang macam2 jenis yang lain kat umah aku.

Friday, 22 July 2011

Stew Daging

Stew daging ni aku masak malam tadi, pebret anak pompuan aku nih. Kalau masak daging memang dia suka sangat2. Stew daging ni makan ngan bubur nasi jer, berangan jadi orang Korea pulak bila makan cenggini.

Goreng dulu daging yang digaul dengan lada hitam yang ditumbuk selama 15 minit, kemudian angkat.


Tumis bawang besar yang dipotong dadu, bawang putih yang diketuk dan halia ketuk sehingga agak layu. Sepatutnya tumis sekali ngan daun salam tapi tak de aku belasah je tak letak. Kemudian masukkan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air.


Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan gaul rata


Tambah air secukupnya dan reneh daging sampai empuk dan lembut. Masukkan sekali rempah bunjut sup tulang.


Bila daging sudah lembut masukkan kentang, lobak merah dan batang saleri dan reneh lagi sampai sayuran tadi empuk dan kuah menjadi pekat. Masukkan tomato yang dibelah empat dan akhir sekali tambah garam dan perasa. Aku guna kiub ayam ganti serbuk perasa. Bila dah masak tutup api. Stew daging ini sedap dimakan begitu saja atau makan dengan nasi panas2. Nak makan ngan roti pun sedap.



 Makan stew daging ngan bubur nasi, sebab ada orang sakit gusi dan ada sorang budak demam dan sakit tekak. Dah tiga hari en. suami minta makan bubur nasi jer sebab sakit gusi nak nak mengunyah heee.. aku plak pening kepala nak pikir lauk apa nak makan ngan bubur nasi.

Wednesday, 20 July 2011

Formula Future vs F1 Power Boat!

Cerita dah nak basi tapi nak tepek gak. Ni cerita Ahad lepas punya, aku ngan famili gi tengok perlumbaan Formula Future peringkat kebangsaan yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Present 6 Putrajaya. Sebenarnya pergi ni sebab nak bagi sokongan padu untuk anak buah suami, Tengku Hanisah Nur Atirah yang berjaya keperingkat akhir mewakili negeri Terengganu bagi acara Slalom Kelas 3. Keputusannya anak buah suami aku ni mendapat tempat Ke 2 dalam acara slalom dan keputusan keseluruhannya mendapat pingat gangsa bagi Kelas 3. Dapat la jadi pilot simpanan kebangsaan, kalau jadi juara dan naib juara dapat la mewakili Malaysia ke Russia, tapi dah tak ada rezeki nak berlumba di Russia sabo je la ya Nisah tahun depan boleh cuba lagi.


Pilot2 setiap negeri berbaris untuk acara penutup dan menerima cenderahati dari Tetamu Kehormat.



Dah besar saya nak jadi pemandu F1 Power Boat up sikit dari Formula Future



Abahnya pun sempat posing dalam boat F1



Muka bosan 3 sekawan ni terpaksa duduk kat grand stand

Acara Formula Future ni adalah acara sukan yang tak pernah kami satu famili ketinggalan untuk hadir tiap2 tahun. Bila acara final yang melibatkan anak buah berlumpa mesti berdebar2 menontonnya. Bila menang kakak ipar aku mesti meleleh air mata kegembiraan sudah pasti penat lelah menghantar anak pergi training berbaloi.

Tuesday, 19 July 2011

Milk Shake


21 biji golden kismis
3 biji tamar
1 sudu madu
7 biji badam
500 ml susu segar
Blend kismis, tamar madu dan badam bersam sedikit susu segar dahulu untuk menghancurkannya kemudian tambah baki susu yang selebihnya. Tambah beberapa ketul ais untuk rasa yang lebih menyedabkan tekak.
Milk shake ini sesuai diminum ketika bersahur kerana ia mengandugi segala zat2 yang diperlukan oleh tubuh ketika berpuasa. Anak buah saya kata dia tak rasa lapar kalau minum milk shake masa bersahur. Cubalah sendiri.

Milk shake ini juga sesuai diamalkan oleh ibu2 hamil yang mengalami masalah kekurangan hemoglobin atau anemia. Percaya tak saya amalkan minum milk shake dan dan kandungan Hb saya telah meningkat berbanding dengan hanya makan pil vitamin dan iron yang dibekalkan doktor pada saya. Untuk ibu2 hamil yang mengalami masalah anemia seperti saya silalah cuba minum milk shake ini selain sedap diminum, ia juga bagus untuk perkembangan otak untuk bayi dalam kandungan. Orang tak hamil pun boleh juga minum tau.

Saturday, 16 July 2011

Jom Makan Burger!


Tengok la ya hari ni aku ni rajin lak nak buat sarapan, Burger special lagi tuh. Ngap sebijik dah kenyang ni, tak yah dah nak order kat McD. Baby cakap pandai la mama masak buerger heee...

Friday, 15 July 2011

Sambal Tahun

Sambal tahun ni adalah makanan wajib yang selalu ada time raya dalam famili aku. Orang melayu kat Sabak Bernam memang pakar dalam memasak sambal tahun ni. Sapa pernah makan mesti tau camane rasanya. Untuk orang yang gilakan kepedasan cili api ni la masakan yang sesuai mesti meleleh air mata.

Hari tu masa masa balik umah mak kat Sekinchan aku sempat la belajar masak sambal tahun ni. Saja nak belajar sebab tahun ni aku kena beraya kat kampung suami. Dulu2 tau makan je malas nak belaja buat sebab orang masak lagi sedap pada aku. Aku berazam nak masak sambal tahun raya nanti kat kampung suami aku tu nanti takde la aku teringat raya kat umah mak pulak, eceh cam tak biasa je raya diperantauan heee... puasa pun belum dah sibuk berangan nak raya.

Sapa nak cuba buat sambal tahun leh la ambik resepi aku ni. 


Bahan2
500g kulit lembu dah siap proses dihiris memanjang
1kg kerang ambil isinya jer kulit tak mo
lengkuas muda di hiris memanjang (banyak lagi sedap)
semangkuk cili api kampung biar sebiji2 (lebih pun tak pe)
15 biji bawang merah dihiris (bawang besar pun boleh guna tapi jgn sampai 15 biji plak)
10 biji bawang putih dihiris (sesetengah orang main ketuk2 je)
kelapa setengah biji ambik santannya

cara2 masak
tumis bawang merah dan bawang putih sekejap tak perlu garing.
masukkan hirisan lengkuas muda, gaul2 sebati dengan bawang
masuk air sedikit sahaja untuk lembutkan lengkuas
masukkan kulit lembu dan masak lagi
masukkan cili api
masukkan santan
masak lagi sampai santan pecah minyak
masukkan isi kerang
perasakan dengan garam dan pak aji
dah masak tutup api



Sambal tahun ni kalau baru masak dia punya rasa tak sedap lagi, tapi bila dah biar semalaman dia punya rasa akan jadi lebih sedap. Lagi lama lagi tambah sedap tapi kena panaskan la tiap2 hari kang basi pulak. Agak2 boleh makan sampai setahun kut sebab tu namanya sambal tahun. Tapi aku rasa tak sampai setahun dah abis kena ngap.

Kalau hari raya sambal tahun ni orang makan dengan ketupat yang kelonsongnya dianyam dari daun kelapa baru ada feel anak tekan nak makan. Ketupat segera tu kalau rasa dah malas sangat nak anyam kelonsong ketupat baru la boleh beli. tapi seyes ketupat tradisi lagi sedap. Pesal plak aku cerita ketupat ni heee.

Wednesday, 13 July 2011

Kari Daging Cincang

Menu untuk makan malam ni aku masak kari daging cincang. Ni lah pertama kali aku beli daging cincang, biasa aku beli daging batang pinang sebab daging ni lembut dan cepat sikit nak masak. Daging cincang ni ada banyak urat dan lemak2 yang boleh dimakan. Dah namanya daging cincang maka tak perlulah aku nak potong2 lagi daging cincang ni cuma perlu bersihkan dan buang mana2 yang rasa tak perlu je.

 Kononnya nak buat stew daging cincang tapi disebabkan aku ni malas maka jadilah kari jer dan yang pasti jadi peberet suami aku bila aku masak daging ni.

Jom tengok resepi kari daging cincang.

Daging cincang RM10 aku masak separuh je
1 peket serbuk kari babas peket kecik
bawang putih seulas
bawang merah 2 biji
halia seinci
daun kari
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
2 sudu cili blend
2 biji kentang
air asam jawa
santan kelapa
kerisik
garam dan perasa
air secukupnya

Cara2 memasak
tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
masukkan bawang merah, bawang putih, dan halia yang dihiris
masuk daun kari
tumis sampai garing
masukkan cili blend (tah bubuh pun tak apa)
tumis sampai masak
masukkan serbuk kari yang dijadikan pes
tumis sampai terbit minyak
masukkan air asam jawa dan kacau sekejap
masukkan daging cincang dan gaul sebati dengan bahan tumisan
tutup periuk atau kuali dan biar daging mengeluarkan airnya (mati air)
tambah air kalau daging belum cukup empuk
masukkan kentang
bila kentang sudah empuk masukkan santan dan kerisik
perasakan dengan garam dan serbuk perasa
tutup api bila sudah masak



Kari daging cincang yang belum ditambah santan



Dah siap pun kari daging cincang

Suami aku kalau masak kari memang dah jadi peberet dia tapi kari mesti pekat kalau cair kompem mulutnya bising. Bila masak kari kena ada sambal belacan dan ulam, kacang panjang pun jadi makan mesti berselera. Nak lagi best kena pulak bila goreng ikan kering fuhh... sedap tu. AWAS kolestrol pun tinggi heee...

Saturday, 9 July 2011

SARDIN


Masak  sardin la yang paling senang dan dah pasti sedap. Kenapa ya sardin ni sedap? Aku suka makan sardin ni dengan nasi panas2 pastu mesti ada telur dadar pehhh mesti makan nasi beertambah2, suami pun suka makan camni. Sebenarnya dia yang ajar makan camni. Anak aku plak suka makan roti cicah sardin. Kalau buat sardin roll pun lagi la satu famili suka makan.

Teringat aku masa mula2 kawin dulu sardin la jadi makanan kami suami isteri tiap2 hari. Bukan apa sebab kami tak mampu nak beli lauk lain masa tu heee... lagipun aku belum pandai masak masa tu. Ceh nak mengimbau kenangan lama ni... masa baru2 kawin dulu mana ada duit anak pun tak de lagi, kami makan nasi lauk sardin pun dah rasa bahagia. Bila balik kerja jer aku mesti singgah kat kedai beli sardin untuk masak malam, sardin tin kecik jer boleh makan dua kali untuk malam dan sarapan pagi jimat tu.

Sekarang dah senang sikit dan aku pun dah pandai masak takde la makan sardin hari2. Tapi sardin tetap jadi peberet kami semua. Selalu buat sambal sardin dan kadang2 masak kari sardin. Kalau orang tanya makanan apa yang jadi pengikat hubungan aku suami isteri jawabnya adalah SARDIN penuh dengan memori.