Monday 17 June 2013

Nasi Tomato Beras Biasa

Assalamualaikum,


Nasi Tomato Mudah 

Hari ni aku masak nasi tomato atas permintaan anak bujang yang kononnya dah lama tak makan nasi tomato. Kalau ikut-ikutkan memang malas nak masak tapi lagi malas nak keluar beli nasi tomato sebungkus semata-mata. Dah masak ni dapat jugak si abang tu ulang-ulang makan nasi tomato kegemarannya. Abang ni tak susah dapat nasi tomato dengan ayam goreng cukup, yang dak tecik lagi senang nasi tomato je dia ngap. Along pulak tak berapa minat dengan nasi tomato ni sama la dengan abah dia, tapi dah aku masak makan aje la betul tak... tak kuasa den nak masak nasi putih plak.

Resepi Nasi Tomato Beras Biasa

3 cup beras
3 cup air rebusan ayam + susu cair
1/2 biji bawang besar di hiris
1 biji bawang putih di hiris
2 biji tomato didadu
2 sudu sos tomato
sehelai daun pandan disimpul
1/2 inci halia
kayu manis
bunga lawang 
cengkih
 2 sudu minyak sapi

panaskan minyak sapi kemudian tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih
masukkan bawang besar. bawang putih dan halia, tumis sampai naik bau
masukkan tomato, kacau-kacau sampai layu kemudian masukkan sos tomato
masukkan beras dan gaul sebati kemudian masukkan air rebusan ayam + susu cair
masak sampai nasi mendidih dan kering
bila nasi dah kering tabur daun ketumbar dan tutup periuk.

senang je kan nasi tomato aku ni main campak-campak je. kalau masak nasi tomato guna beras biasa ni jangan terlebih air plak nanti nasinya kembang sangat tak sedap nak makan. paling sedap makan nasi tomato ni dengan ayam masak merah perghh tak hengatt sedap.

1 comment:

ibh_sue said...

Setakat ini aku blum pernah lg masak nasi tomato. Rasanya kn try jg buat sendiri. Kali dak tggu mkn nasi tomato org kawen ja la. Kalo beli, idak ker kot. Sbb bukan pilihan utama. :-)