Friday, 14 June 2013

Kimchi : Wow Berjaya Juga Akhirnya

Assalamualaikum,

Aku memang peminat drama korea, setiap kali menonton drama korea ni memang tak lepas la tengok orang-orang korea ni menghidangkan Kimchi. Setiap kali tengok makanan-makanan korea ni setiap kali tu la aku tetanya-tanya apa la agaknya rasa makanan dorang ni. Sebelum ni aku dah pernah buat sundubu jigae iaitu sejenis masakan berkuah yang aku kira lebih kurang sup tahu pada aku la. Kali ni aku cuba pula membuat kimchi yang dah lama aku dok termimpi-mimpi nak merasanya.

Bahan-bahan untuk buat Kimchi


Kobis cina yang dah dibersihkan, aku buat sebiji je.


Lobak putih direndam dalam air garam sebelum di potong dadu atau potong ikut saiz kesukaan.


Garam sederhana kasar dalam 6 sudu makan


Kobis ni aku lumurkan garam dan perap dalam dua jam, kemudian ketuk-ketuk bagi garam yang tinggal jatuh supaya nanti kimchi tak terlalu masin.


Sos Kimchi

bahan-bahan sos

1 biji bawang holland*
6 ulas bawang putih*
3 inci halia (lebih kurang)*
*kisar bersama
10 sudu makan cili giling (brand Maz)
2 pokok daun bawang dihiris dalam 1inci
2 sudu sos ikan (budu, cencalok, sos tiram pun boleh)

1 sudu makan tepung pulut + 6 sudu makan air
bancuh dan masak sampai likat pastu campur 1 sudu gula
ketepikan dan biar sejuk sebelum campur dengan bahan kisar

gaul semua bahan jadi sos dan ketepikan sebelum digaul dengan kobis dan lobak putih.

untuk menyediakan sos kimchi ni kita perlu rasa sos yang disediakan dan tambah apa-apa yang dirasakan kurang. Kalau rasa kurang pedas boleh tambah lagi cili (resepi sos ni tak pedas so aku hiris halus-halus cili api dan tambah dalam sos kimchi). Satu lagi bahan yang aku tambah dalam sos kimchi ni adalah 1 sudu makan cuka epal dan 1 sudu makan budu (sendiri nak makan pandai-pandai je tambah nak bagi sedap).


Kobis yang dah siap digaul dengan sos kimchi dan boleh la di simpan dalam bekas kedap udara selama dua hari sebelum boleh dinikmati. Nak tunggu dua hari tu tak sabo rasanya tau. Kimchi aku ni tak berapa merah menyala macam yang orang korea buat tu mungkin sebab aku guna cili giling  aje kot, next timeboleh pegi cari serbuk cili korea plak.

Tepat-tepat je dua hari aku pun jemput la kakak ipar aku yang sama menggilai drama kore untuk sama-sama merasa kimchi yang aku buat. Semalam kakak ipar aku datang makan malam merangkap berbuka puasa kat rumah aku so aku hidangkan la kimchi aku ni. Komen kakak ipar aku kimchi ni sedap tapi kurang "kick" sebab tak pedas. Komen anak buah aku pulak sos kimchinya sedap rasa air jeruk. Komen aku plak boleh tahan la sedapnya ada rasa-rasa manis kobis tu, yang lobak putih tu aku kurang gemar sikit sebab lobak putih tu ada rasa-rasa maung tapi kalau yang suka makan lobak putih tu kira ok je. Next time kalau aku buat kimchi lagi aku takmo letak lobak putih, mungkin boleh gantikan dengan korean pear pulak. Kimchi ni kalau makan dengan nasi putih panas-panas memang best dan menyelerakan dah tak susah-susah nak masak sayur lain memang dasarrr aku ni heee.... so korang cuba la buat ya.

sumber rujukan aku untuk buat kimchi ni adalah dari menonton cara buat  kimchi di utube dan dari sekodeng blog IZYAN ISMAIL dan beberapa blog lain dan resepinya aku ejas-ejas ikut bahan-bahan yang ada. Selamat mencuba!

3 comments:

ibh_sue said...

Wow!..Akhirnya...Aku kena jugalah merajinkan diri macam ni. Tekak ja nak, tp kalo pemalas mmg tak ler merasa. Kot dekat boleh gak buat muka x malu tumpang mkn..Hehehhee..
Boleh simpan plak resepi ni. Yg ada pd aku tu lain skit resepinya.

gerhana luka said...

tu la Sue ni pun tgh mood rajin tu yg jadi, wat stok sampai puasa nanti. boleh tambah selera waktu bersahur.

Super daughter said...

Wah, nampak macam sedap lah kak.. Saya pon xsuka sgt lobak putih, next time xnak pakai lobak putih and nak try tambah budu..hehehe..