Assalamualaikum,
Salam Jumaat, hari ni baru berkesempatan untuk mencuba nasi mandhi yang dah lama jadi igauan dikala aku buntu nak masak apa. Pergi pasar boleh pulak termenung nak beli apa untuk dimasak, sudahnya terfikir nak menerai masak nasi mandhi terus je beli daging + tulang dan beras basmathi sekilo. Bahan-bahan lain memang dah ada stok kat rumah, senang cerita.
ni tengah asapkan nasi, baunya bila bukak je tutup periuk masyaAllah harum semerbak satu dapur time tu jugak rasa nak makan nasi. aku masak nasi ni ikut resepi dari blog Amie's Little Kitchen, ikut sebiji-sebijik resepinya cuma tukar dari biri-biri ke tulang dan daging lembu. lain kali boleh cuba buat guna kambing pulak sebab en.suami peminat kambing sejati. sapa-sapa yang nak masak nasi mandhi ni boleh la cuba sendiri ya memang sedap dan menyelerakan. satu lagi nasi ni kalau kita makan memang tak muak sebab tak bubuh susu cuma guna stok rebusan daging je tu yang membuatkannya sedap selain dari rasa asap dari arang yang dibakar tu memang terbaek lah. Mari tengok resepi yang aku copy paste ni (malas nak tulis semula) boleh buat rujukan kemudian hari. Thanks to Amie's Little Kithcen.
Olahan Amie's Little Kithcen
Bahan-bahan:
1
kg daging biri-biri - Amie potong lebih kurang 10cmx12cm setiap keping
1/2
sudu teh ketumbar biji - tumbuk
1/2
sudu teh jintan manis kasar - tumbuk
1/2
sudu makan lada hitam - tumbuk
1
sudu teh All Spices
1
labu bawang besar- belah 4
7
ulas bawang putih - diketuk
3cm
halia - diketuk
1-2
helai daun bay - Amie tak ada stok
1
sudu makan saffron - Amie rendam dalam 30ml air panas (Majalah RASA)
1
sudu makan serbuk kunyit (Majalah RASA)
garam
secukup rasa - Amie tambah 1 sudu makan serbuk pati
ayam Maggie
air
secukupnya - Amie gunakan 1 liter air
Cara:
1.
Didihkan air dalam periuk / kuali.
2.
Masukkan kesemua bahan di atas kecuali saffron dan serbuk kunyit.
3.
Masak dengan api sederhana panas selama 1 jam setengah.
4.
Keluarkan daging bebiri dan toskan. Ketepikan air rebusan daging bebiri untuk
dijadikan sup.
5.
Gaul daging bebiri dengan saffron dan juga serbuk kunyit. Jika kurang rasa,
boleh tambah sedikit garam atau serbuk pati ayam.
6.
Perap seketika dan bungkus di dalam foil kemudian bakar dalam ketuhar selama 1
jam. Mengikut Majalah RASA, daging hendaklah dibakar pada suhu 250'C tetapi
Amie gunakan api sederhana panas sahaja.
*resepi Amie guna kambing tapi aku guna daging dan tulang lembu untuk stok nasi dan supnya
Resepi : Nasi Mandhi
Sumber : Resepi Raidah
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
Sumber : Resepi Raidah
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak
tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan
bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar
mendidih.
2. Bila mendidih,
padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup
rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi
kering, buat lubang ditengah nasi dan letakkan aluminium foil. (Pada masa
inilah Amie susun kepingan daging bebiri). Masukkan 1 sudu minyak (Amie gunakan
minyak zaitun) dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama
2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula
tudung periuk dan keluarkan aluminium foil bersama arang tadi - Amie juga
keluarkan daging bebiri.
5. Titiskan 2-3
titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
*nasi ni dah masuk dalam list nasi kegemaran anak-anak aku
1 comment:
Ayoooo. . Sedapnya.
Post a Comment