Monday, 1 July 2013

Meatball Sup Simple Dan Sedap

Assalamualaikum,


Teringin nak makan bakso tapi pernah beli sekali dulu terkena yang rasanya macam makan lembu sekor so trauma nak beli bakso kat luar sana tu. Teringat kakak ipar pernah masak sup meatball yang sangat sedap so semalam mintak resepi kat dia. Rupanya ringkas aje nak memasaknya semudah ABC ha.ha.ha tula ari tu takmo tengok dia masak. Sup meatball ni makan dengan bihun yang dicelur ala-ala bakso juga la memang best dapat hirup sup. Anak-anak kalau dapat menghirup sup memang la tak ingat dunia, masing-masing dua tiga kali bertambah makannya.

Resepi Sup Meatball Kak Na

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
mayang atau tumbuk saja
air secukupnya
lada hitam serbuk
lada sulah
garam secukup rasa
kiub pati ayam
1 sudu makan cuka
meatball secukupnya
sawi bunga
telur

eksesori tambahan
bihun dicelur
daun sup,daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan
cili kicap

tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
masukkan air biar sampai mendidih
masukkan meatball, lada hitam dan lada sulah
masuk cuka
masak sampai meatball lembut
tutup api masukkan telur yang dipecah sebiji-sebiji
buka api semula masukkan sawi dan perasa dengan garam dan kiub pati ayam maggi.
biar mendidih sekejap kemudian tutup api
siap dihidang dengan bihun yang dicelur

1 comment:

crookert said...

Salam,

I tgh google pasal Tadika Bijaya Wawasan and terus smpi kat blog you ni.I plan nk hantar anak tahun depan 2014,so tgh cari a few review.Boleh tak nk contact you thru emel? Or Gtalk ke? Saje nk tau mcm mana tadika tu (mom's personal review). :)