Wednesday, 19 June 2013

Muffin Pisang @ Cup Kek Pisang

Assalamualaikum,


Alkisahnya ada la sesikat pisang abu yang masih berbaki dok terperap je dalam esbox sampai kulitnya nak naik hitam. Nak di goreng dah terlebih masak, nak di cekodok dah jemu dan akhirnya jadi la juga kek dari tak jadi apa-apa pisang tu. Ingatkan pisang abu tak sedap kalau buat kek rupanya kira ok jugak manis je sebab biasa kalau buat kek pisang memang pisang berangan atau pisang lemak manis je yang jadi pilihan aku. Kali ni aku buat kek pisang  guna resepi Kak Yatie cuma malas nak buat dalam loyang so aku buh la dalam cup senang budak-budak nak angkut. Aku suka buat kek pisang sebab tak banyak karenah dan sentiasa je jadi gebu dan mantoop gitu. Terima kasih ya Kak Yatie atas resepi ni, saya tulis balik resepinya mengikut kefahaman saya untuk dikongsi bersama yang lain.

Kek Pisang Kak Yatie

2 cawan tepung gandum
1 cawan pisang di lecek
3/4 cawan gula
4 biji telur
3/4 cawan minyak
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen pisang
coklat rice utk hiasan

panaskan oven terlebih dahulu
pukul telur bersama gula hingga kembang
masukkan ovalette pukul lagi
masukkan pisang dan minyak pukul lagi
masuk tepung yang telah diayak dengan baking powder dan soda bikarbonat, gaul rata
masuk esen gaul sebati
masuk adunan dalam cup, tabur coklat rice dan bakar sampai masak

2 comments:

zila norazila said...

Bila dpt pisang kdg2 x tau nk diolah mcmna kn..pning jgk..boleh dicuba jgk resepi nie..mmg gebu la..

khairinia abdullah syukur said...

hemmmm,,,cam sejap jer,,klo cam tu i nak cuba buatlah nie,,,,,,,