Friday, 28 June 2013

Nasi Mandhi Arab : Semerbak Harum Baunya

Assalamualaikum,

Salam Jumaat, hari ni baru berkesempatan untuk mencuba nasi mandhi yang dah lama jadi igauan dikala aku buntu nak masak apa. Pergi pasar boleh pulak termenung nak beli apa untuk dimasak, sudahnya terfikir nak menerai masak nasi mandhi terus je beli daging + tulang dan beras basmathi sekilo. Bahan-bahan lain memang dah ada stok kat rumah, senang cerita.


ni tengah asapkan nasi, baunya bila bukak je tutup periuk masyaAllah harum semerbak satu dapur time tu jugak rasa nak makan nasi. aku masak nasi ni ikut resepi dari blog Amie's Little Kitchen, ikut sebiji-sebijik resepinya cuma tukar dari biri-biri ke tulang dan daging lembu. lain kali boleh cuba buat guna kambing pulak sebab en.suami peminat kambing sejati. sapa-sapa yang nak masak nasi mandhi ni boleh la cuba sendiri ya memang sedap dan menyelerakan. satu lagi nasi ni kalau kita makan memang tak muak sebab tak bubuh susu cuma guna stok rebusan daging je tu yang membuatkannya sedap selain dari rasa asap dari arang yang dibakar tu memang terbaek lah. Mari tengok resepi yang aku copy paste ni (malas nak tulis semula) boleh buat rujukan kemudian hari. Thanks to Amie's Little Kithcen.



Resepi Kambing Mandhi
Olahan Amie's Little Kithcen 

Bahan-bahan:
1 kg daging biri-biri - Amie potong lebih kurang 10cmx12cm setiap keping 
1/2 sudu teh ketumbar biji - tumbuk
1/2 sudu teh jintan manis kasar - tumbuk
1/2 sudu makan lada hitam - tumbuk
1 sudu teh All Spices
1 labu bawang besar- belah 4
7 ulas bawang putih - diketuk
3cm halia - diketuk
1-2 helai daun bay - Amie tak ada stok
1 sudu makan saffron - Amie rendam dalam 30ml air panas (Majalah RASA)
1 sudu makan serbuk kunyit (Majalah RASA)
garam secukup rasa - Amie tambah 1 sudu makan serbuk pati ayam Maggie
air secukupnya - Amie gunakan 1 liter air

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk / kuali.
2. Masukkan kesemua bahan di atas kecuali saffron dan serbuk kunyit.
3. Masak dengan api sederhana panas selama 1 jam setengah.
4. Keluarkan daging bebiri dan toskan. Ketepikan air rebusan daging bebiri untuk dijadikan sup.
5. Gaul daging bebiri dengan saffron dan juga serbuk kunyit. Jika kurang rasa, boleh tambah sedikit garam atau serbuk pati ayam.
6. Perap seketika dan bungkus di dalam foil kemudian bakar dalam ketuhar selama 1 jam. Mengikut Majalah RASA, daging hendaklah dibakar pada suhu 250'C tetapi Amie gunakan api sederhana panas sahaja.

 *resepi Amie guna kambing tapi aku guna daging dan tulang lembu untuk stok nasi dan supnya


Resepi : Nasi Mandhi
Sumber : Resepi Raidah
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.


Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.

3. Bila nasi kering, buat lubang ditengah nasi dan letakkan aluminium foil.  (Pada masa inilah Amie susun kepingan daging bebiri). Masukkan 1 sudu minyak (Amie gunakan minyak zaitun) dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan aluminium foil bersama arang tadi - Amie juga keluarkan daging bebiri.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

*nasi ni dah masuk dalam list nasi kegemaran anak-anak aku

Tuesday, 25 June 2013

Kari Kepala Ikan Bersama Terung Panjang

Assalamualaikum,

Lama tak masak kari kepala ikan agak-agak berbulan jugak la, sebabnya en.suami dah lama tak pegi kolam pancing. Bukan apa la kan takmo beli kepala ikan semata-mata sebabnya mahal, lebih baik beli sekor ikan besar kat kolam pancing boleh buat masak macam-macam dengan sekor ikan tu. Dapat berjimat sikit bila beli ikan kat kolam pancing. Harga ikan kat pasar sekarang ni rasa macam mahal sangat la pulak tiap kali pegi pasar je mesti termenung dengan harganya. Kadang-kadang kalau MIL aku datang dari Terengganu mesti dia bawak bekal macam-macam jenis ikan satu tong polistrin untuk famili aku, murah dan fresh katanya. Jauh perjalanan ikan untuk aku kan, terima kasih untuk MIL aku yang pemurah membekalkan stok ikan fresh untuk kami sekeluarga.


kari kepala ikan tengah mendidih dalam kuali


dah siap masak baru pindahkan dalam periuk.

Kari Kepala Ikan

kepala ikan + sehiris isi ikan
bawang merah
bawang putih 
halia
halba campur
serbuk kari
cili blend
daun kari
air asam jawa
santan kelapa
air secukupnya
minyak untuk menumis

tumis bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan halba campur sampai naik bau.
masukkan sedikit cili blend untuk bagi pedas dan tumis sampai garing.
masukkan serbuk kari yang di bancuh menjadi pes masak sampai pecah minyak
masukan air asam jawa
masukkan terung panjang yang di belah dan masak sampai terung agak lembik
masukkan kepala ikan dan tambah air dan santan secukupnya.
biar mendidih sambil dikacau supaya kuah kari tak berbintil. perasakan dengan garam dan secukup rasa.
dah masak boleh la tutup api.

Aku masak kari ni main agak-agak je bahan-bahannya sesuai dengan saiz kepala ikan. Kari kepala ikan yang mudah disediakan ni memang menjadi pujaan en.suami  yang gila kari. Masak ikut bahan yang ada je malas nak bubuh eksesori tambahan, janji sedap.

Monday, 24 June 2013

Red Velvet Cup Kek Superbb!

Assalamualaikum,


Sedap kek ni, memang moist sangat, tak rugi buat guna resepi dari blog Hanamemories ni. Sebenarnya dah banyak kali cuba buat red velvet tapi tak puas hati sebab ada je yang tak kena dengan red velvet tu. Tapi aku ni memang jenis yang rajin mencuba dan akhirnya dapat jugak resepi red velvet yang sesuai dengan selera aku. Disebabkan dah dapat resepi yang sesuai maka aku akan simpan resepi yang ini dan memang akan buat lagi lepas ni. Thanks utk Kak Hana atas resepi red velvet yang sedap ni.

Red Velvet Cup Kek

2 cawan tepung kek / superfine*
2 sudu besar serbuk koko*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 sudu kecil garam*
1 cawan buttermilk
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan minyak
1/2 cawan air panas + 2 sudu besar
2 biji telur saiz A
esen vanila

sediakan buttermilk - (1 cawan susu campur dengan 1 sudu cuka biar 5 minit) boleh juga guna 3/4 cawan yogurt + 1/4 cawan susu.
satukan bahan bertanda * ayak dan ketepikan
dalam bekas lain satukan gula, minyak dan telur, pukul hingga kembang.
Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila pukul lagi sampai sebati.
masukkan bahan yang diayak sikit-sikit sambil putar perlahan sampai sebati..
akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
tuang dalam acuan dan bakar hingga masak

*tak dan nak buat toping dah kena ngap...

Wednesday, 19 June 2013

Muffin Pisang @ Cup Kek Pisang

Assalamualaikum,


Alkisahnya ada la sesikat pisang abu yang masih berbaki dok terperap je dalam esbox sampai kulitnya nak naik hitam. Nak di goreng dah terlebih masak, nak di cekodok dah jemu dan akhirnya jadi la juga kek dari tak jadi apa-apa pisang tu. Ingatkan pisang abu tak sedap kalau buat kek rupanya kira ok jugak manis je sebab biasa kalau buat kek pisang memang pisang berangan atau pisang lemak manis je yang jadi pilihan aku. Kali ni aku buat kek pisang  guna resepi Kak Yatie cuma malas nak buat dalam loyang so aku buh la dalam cup senang budak-budak nak angkut. Aku suka buat kek pisang sebab tak banyak karenah dan sentiasa je jadi gebu dan mantoop gitu. Terima kasih ya Kak Yatie atas resepi ni, saya tulis balik resepinya mengikut kefahaman saya untuk dikongsi bersama yang lain.

Kek Pisang Kak Yatie

2 cawan tepung gandum
1 cawan pisang di lecek
3/4 cawan gula
4 biji telur
3/4 cawan minyak
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen pisang
coklat rice utk hiasan

panaskan oven terlebih dahulu
pukul telur bersama gula hingga kembang
masukkan ovalette pukul lagi
masukkan pisang dan minyak pukul lagi
masuk tepung yang telah diayak dengan baking powder dan soda bikarbonat, gaul rata
masuk esen gaul sebati
masuk adunan dalam cup, tabur coklat rice dan bakar sampai masak

Monday, 17 June 2013

Nasi Tomato Beras Biasa

Assalamualaikum,


Nasi Tomato Mudah 

Hari ni aku masak nasi tomato atas permintaan anak bujang yang kononnya dah lama tak makan nasi tomato. Kalau ikut-ikutkan memang malas nak masak tapi lagi malas nak keluar beli nasi tomato sebungkus semata-mata. Dah masak ni dapat jugak si abang tu ulang-ulang makan nasi tomato kegemarannya. Abang ni tak susah dapat nasi tomato dengan ayam goreng cukup, yang dak tecik lagi senang nasi tomato je dia ngap. Along pulak tak berapa minat dengan nasi tomato ni sama la dengan abah dia, tapi dah aku masak makan aje la betul tak... tak kuasa den nak masak nasi putih plak.

Resepi Nasi Tomato Beras Biasa

3 cup beras
3 cup air rebusan ayam + susu cair
1/2 biji bawang besar di hiris
1 biji bawang putih di hiris
2 biji tomato didadu
2 sudu sos tomato
sehelai daun pandan disimpul
1/2 inci halia
kayu manis
bunga lawang 
cengkih
 2 sudu minyak sapi

panaskan minyak sapi kemudian tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih
masukkan bawang besar. bawang putih dan halia, tumis sampai naik bau
masukkan tomato, kacau-kacau sampai layu kemudian masukkan sos tomato
masukkan beras dan gaul sebati kemudian masukkan air rebusan ayam + susu cair
masak sampai nasi mendidih dan kering
bila nasi dah kering tabur daun ketumbar dan tutup periuk.

senang je kan nasi tomato aku ni main campak-campak je. kalau masak nasi tomato guna beras biasa ni jangan terlebih air plak nanti nasinya kembang sangat tak sedap nak makan. paling sedap makan nasi tomato ni dengan ayam masak merah perghh tak hengatt sedap.

Saturday, 15 June 2013

Kek Batik Cheese Yogurt

Assalamualaikum,

Minggu ni memang mood memasak aku dah membuak-buak, macam-macam aku masak nasib baik ada orang tolong makan. Hari ni je punya la semangat aku buat durian crepe dan pavlova. Crepe durian tu pun sebab kakak aku dah pesan awal-awal minta aku buatkan gara-gara aku post kat facebook sampai terliur dia. Nasib la adik aku ada nak balik kampung so dapat la kakak aku tu merasa. Sebagai penambah bekalan aku buatkan jugak pavlova untuk bagi kat orang kampung merasa (bajet sekampung merasa ko ha.ha.ha)

Kek batik cheese beryogurt ni aku buat hari jumaat so hari ni dah set baru potong. Sedap tau kek batik ni, aku saje ejas-ejas resepi biskut merie lapis cheese dari Hanamemories, nasib baik menjadi sodap.



bagan-bahan

250g cream cheese tartura extra 10%
1 cup yogurt asli
1/2 tin susu pekat manis
pukul sebati semuanya ketepikan

250 ml susu segar suam
1 peket biskut marie perasa coklat
nestum secukupnya
coklat chips utk hiasan


susun jangan tak susun
 
celup biskut marie dalam susu suam dan susun dalam loyang
tuang adunan cheese secukupnya dan ratakan kemudian tabur nestum
celup lagi biskut marie dalam susu suam dan teruskan melapis hingga habis
lapisan akhir tabur nestum dan juga coklat chips
simpan dalam peti ais sampai kek batik set baru dipotong
*dengan bahan-bahan ni dapat la menghasilkan kek batik yang kecil 



lapisan akhir



sedia dinikmati... yummy..

Friday, 14 June 2013

Kimchi : Wow Berjaya Juga Akhirnya

Assalamualaikum,

Aku memang peminat drama korea, setiap kali menonton drama korea ni memang tak lepas la tengok orang-orang korea ni menghidangkan Kimchi. Setiap kali tengok makanan-makanan korea ni setiap kali tu la aku tetanya-tanya apa la agaknya rasa makanan dorang ni. Sebelum ni aku dah pernah buat sundubu jigae iaitu sejenis masakan berkuah yang aku kira lebih kurang sup tahu pada aku la. Kali ni aku cuba pula membuat kimchi yang dah lama aku dok termimpi-mimpi nak merasanya.

Bahan-bahan untuk buat Kimchi


Kobis cina yang dah dibersihkan, aku buat sebiji je.


Lobak putih direndam dalam air garam sebelum di potong dadu atau potong ikut saiz kesukaan.


Garam sederhana kasar dalam 6 sudu makan


Kobis ni aku lumurkan garam dan perap dalam dua jam, kemudian ketuk-ketuk bagi garam yang tinggal jatuh supaya nanti kimchi tak terlalu masin.


Sos Kimchi

bahan-bahan sos

1 biji bawang holland*
6 ulas bawang putih*
3 inci halia (lebih kurang)*
*kisar bersama
10 sudu makan cili giling (brand Maz)
2 pokok daun bawang dihiris dalam 1inci
2 sudu sos ikan (budu, cencalok, sos tiram pun boleh)

1 sudu makan tepung pulut + 6 sudu makan air
bancuh dan masak sampai likat pastu campur 1 sudu gula
ketepikan dan biar sejuk sebelum campur dengan bahan kisar

gaul semua bahan jadi sos dan ketepikan sebelum digaul dengan kobis dan lobak putih.

untuk menyediakan sos kimchi ni kita perlu rasa sos yang disediakan dan tambah apa-apa yang dirasakan kurang. Kalau rasa kurang pedas boleh tambah lagi cili (resepi sos ni tak pedas so aku hiris halus-halus cili api dan tambah dalam sos kimchi). Satu lagi bahan yang aku tambah dalam sos kimchi ni adalah 1 sudu makan cuka epal dan 1 sudu makan budu (sendiri nak makan pandai-pandai je tambah nak bagi sedap).


Kobis yang dah siap digaul dengan sos kimchi dan boleh la di simpan dalam bekas kedap udara selama dua hari sebelum boleh dinikmati. Nak tunggu dua hari tu tak sabo rasanya tau. Kimchi aku ni tak berapa merah menyala macam yang orang korea buat tu mungkin sebab aku guna cili giling  aje kot, next timeboleh pegi cari serbuk cili korea plak.

Tepat-tepat je dua hari aku pun jemput la kakak ipar aku yang sama menggilai drama kore untuk sama-sama merasa kimchi yang aku buat. Semalam kakak ipar aku datang makan malam merangkap berbuka puasa kat rumah aku so aku hidangkan la kimchi aku ni. Komen kakak ipar aku kimchi ni sedap tapi kurang "kick" sebab tak pedas. Komen anak buah aku pulak sos kimchinya sedap rasa air jeruk. Komen aku plak boleh tahan la sedapnya ada rasa-rasa manis kobis tu, yang lobak putih tu aku kurang gemar sikit sebab lobak putih tu ada rasa-rasa maung tapi kalau yang suka makan lobak putih tu kira ok je. Next time kalau aku buat kimchi lagi aku takmo letak lobak putih, mungkin boleh gantikan dengan korean pear pulak. Kimchi ni kalau makan dengan nasi putih panas-panas memang best dan menyelerakan dah tak susah-susah nak masak sayur lain memang dasarrr aku ni heee.... so korang cuba la buat ya.

sumber rujukan aku untuk buat kimchi ni adalah dari menonton cara buat  kimchi di utube dan dari sekodeng blog IZYAN ISMAIL dan beberapa blog lain dan resepinya aku ejas-ejas ikut bahan-bahan yang ada. Selamat mencuba!

Saturday, 8 June 2013

Tuka Bakar Mudah vs Asam Pedas Tuka

Assalamualaikum,


Apa beza ikan pari dengan tuka? rasanya serupa je cuma saiz je berbeza yang satu besar yang satu kecik. Bab-bab ikan ni bukan aku reti sangat, dulu aku panggil pari je tapi suami aku mati-mati kata tu Tuka ikut aje la.
Tuka ni dibakar memang sedap, isinya manis memang sesuai dibakar. Tuka bakar aku ni tak memerlukan resepi cuma lumur aje dengan rempah ikan bakar, balut dengan aluminium foil pastu bakar dalam oven... senang kan tak perlu bersusah payah bak kata Anis Nabilah "masak itu mudah dan menyeronokkan".


Yang ni plak tuka yang aku masak asam pedas. Sejujurnya aku memang rasa fail kalau masak asam pedas mungkin sebab aku dah set dalam minda aku ni asam pedas yang mak aku masak lagi sedap. Dalam banyak-banyak masakan memang aku rasa asam pedas mak aku yang paling best, walau sesedap mana orang lain masak asam pedas aku tetap suka yang mak aku masak takde orang yang boleh lawan. Korang jugak mesti ada masakan feveret yang mak korang masak kan. Anak-anak aku plak, masakan aku yang dorang paling suka aku rasa nasi lemak yang aku masak sebab kalau beli mesti dorang kata mama masak lagi sedap.

Friday, 7 June 2013

Kayu Keramat Yang Rangup Diluar Gebu Didalam

Assalamualaikum,


Sedap betul cucur Kayu Keramat ni, luarnya sangat rangup dan dalamnya teramatlah gebu. Tak cukup makan satu aku ambik lagi satu. Kayu Keramat ni bukan aku buat sendiri tapi frozen punya diimport dari Ganu Kite. Lepas abis stok Kayu Keramat ni nampaknya kena la aku berusaha mencari resepinya sebab anak-anak aku pun suka kuih ni.