Monday, 14 November 2011

Sotong Paprik

Assalamualaikum,

Semenjak kebelakangan ni aku dah kekeringan idea nak menulis N3 kat blog aku ni kesian blog aku ni dah naik sawang sana sini. Apa pun blog2 kegemaran aku tetap aku singgah cuma tak tinggal jejak je. Kenapa jadi malas nak menulis ye agaknya pembawakan mak budak kut hee...

Dah lama tak masak sotong sebab bila makan sotong je suami aku komplen gatal hidung tapi dia gak yang makan banyak, sedap katanya. Aku suka sotong yang kecik2 ni sebab lembut je bila makannya tak liat cam sotong yang besar bapak. 


Sotong Paprik

Resepi sotong paprik

sotong 
bawang putih
bawang merah
cili blend
serai
daun limau purut
sos tomato
sos tiram
kicap pekat
sayur campur

tumis bawang merah, bawang putih dan serai yang diketuk sampai naik bau
masuk cili blend tumis sampai garing 
masuk sos tiram, sos tomato dan kicap pekat
tambah air untuk jadikan kuah
masukkan sayur campur dan daun limau purut
masukkan sotong yang dah digoreng separuh masak
perasakan dengan garam dan gula
kacau sebati sampai masak
nak masam perahkan jus limau sikit atau buh tomato



Sempena besday suami dan anak pompuan aku walau tak sama tarikh saja buatkan sekali untuk jimat kos heee...

soalan matematik : mama kenapa lilin abah ada 4 umur abah 4 tahun ya? umur deq la 5 tahun.
jawapannya : saja nanti kalau letak banyak2 penuh kek dengan lilin bila nak tiup abis air liur bersembur heee..

3 comments:

ibh_sue said...

Akakakakakkaaa...jawapan kooo..lawak..lawak.

Irfa said...

salam kenal..
lupa tah dari mana saya jumpa blog ni.
happy bday tuk en suami dan anak pompuan awak yer

Cik Ina Do Do Cheng said...

happy besday tuk suami ngan anak perempuan ye, semoga Allah SWT panjang umur dan dimurahkan rezeki dorang. Amin

antara udang ngan sotong, cik ina suka sotong sedap sedap.