Thursday, 17 November 2011

Berjoli Sakan!

Assalamualaikum,

Hari rabu semalam aku buat check up perut sambil scan baby dalam perut yang anak aku panggil baby pusat kat Klinik Ibu dan Anak kat Bukit Kuda. Punya la ramai umat manusia nak pengsan aku menunggu giliran, no giliran aku 2030 bermakna aku orang yang ke 30. Walau sampai kat sana sebelum pukul 8pagi tapi dah ramai yang sampai lebih awal makan hati aku dibuatnya. Masa aku datang bulan lepas tak ramai orang, pukul 10pagi aku dah siap tapi semalam pukul 1petang baru dapat balik naik kematu aku menunggu giliran. Apa yang membuat aku nak geram bukan apa dorang tak ikut pun no giliran tu sebab nak bagi baby2 kecik dulu habis walau datang lambat. Mak2 baby yang bawak perut ni kena la menunggu cam penunggu klinik nasib aku tak jadi hantu terus kat situ.

Okey la penat aku membebel cerita semalam hari ni aku berjoli sakan ngan anak2 dan anak saudara dan kakak2 aku sekali kat Jusco Bukit Tinggi. Saje lepas gian sebab dah lama tak membuang masa kat sana tupun sebab dorang datang umah aku dapat gak aku mengajak dorang berjoli.


Sebelum berjoli budak2 ni sempat xsesais dulu nak kuruskan badan. boleh gitu...


Budak2 start berjoli kat dalam tempat permainan, geram aku tengok budak rambut panjang ni dah la tak nak potong rambut nak diikat rambut pun takmo


Suka sangat anak2 aku ni kalau dapat berkurung kat tempat permainan camni ajak balik pun takmo



Tengok tu sampai berenang dalam lautan bola lagi tu



walau kat tempat permainan pun sempat baca buku lagi anak buah aku ni



Main sepuas2 hati budak ni



Ada hati nak main game kereta budak kecik ni kaki pun tak sampai nak tekan, layan aje la...



game tembak2 pun nak cuba


Kalau bawak budak2 ni berjoli memang tak de harapan aku nak kemana2 melainkan layan aje dorang kat tempat permainan ni. Kalau ikutkan dorang sampai Jusco tutup pun diorang boleh main lagi, camtu la anak2 aku ni kalau dapat main.

Memang dalam sejarah betul anak aku yang pompuan ni boleh hilang plak, melilau aku mencari rupa2nya ada orang yang hantar anak aku kat information kauter sebab orang tu ingat anak aku ni hilang emaknya. Tak  sempat di umumkan satu Jusco kakak aku lagi cepat tanya kat security suh cari anak aku dan security tu kata anak aku baru jer sampai kat kaunter tu, berderau gak darah aku hilang anak.

3 comments:

ibh said...

Amboi..bukan main ko berjoli ya...kikikiii... Doi..mcm mana bleh terlepas pandang lak anak ko tu...Nasib la org yg jumpa tu baik..dia pi hantar ke tempat yg betul..Dah la ...la ni byk sgt kes budak ilang...Eii..seriau ja dgr..

Cik Ina Do Do Cheng said...

anak -anak cik ina kalau main kat sini pun smpai tak henggat dunia. yang besau pun sama. seronokkan tengok dorang main. cik ina pun selalu gak lepaskan gian kat sini mengalahkan budak-budak.kui kui kui

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

anak-anak sy pon pantang nmpk tmpt main nih..lama dah x bawak diorang..