Friday, 18 November 2011

Kisah Hilang Anak

Assalamualaikum,

Cerita pasal anak pompuan aku terhilang masa berjoli kat Jusco Bukit Tinggi semalam mengingatkan aku pasal anak2 aku yang agak aktif ni tak kira yang perempuan atau lelaki. Anak lelaki aku baru berumur 2 tahun setengah tapi orang selalu ingat umurnya lebih dari tu sebab fizikalnya yang agak besar dan keletahnya yang tak tau diam.  Orang mesti kata dia budak perempuan sebab rambutnya gulungnya yang panjang.
 
Masa raya puasa hari tu kami sambut di Terengganu, masa berbuka puasa kat rumah Tok suami aku kat Kuala Berang anak lelaki aku ni telah menghilangkan diri sampai kecoh kitorang mencari keliling rumah. Sebenarnya rumah Tok bersebelahan ngan masjid Kuala Berang, betul2 bila turun tangga terus masuk pagar Masjid. Waktu kami nak balik ke Kuala Terengganu anak aku ni dengan sepantas kilat telah turun dulu ingat terus masuk kereta rupanya boleh pulak merayap ke lain. Bila aku masuk kereta tengok anak aku tak ada apa lagi terus la aku gelabah mencarinya tapi keliling rumah pun tak ada. Aku terjerit2 panggil nama anak aku dibantu sedara mara yang lain. Aku terfikir nak cari kat Masjid mana tau panjang langkahnya ke sana tapi kat bahagian pintu depan tak ada rupanya dia duduk dengan sorang pak cik yang datang kat Masjid tu kat wakaf sebelah tempat parking tengah menangis. Walau Masjid tu sebelah jer ngan rumah Tok tapi anak aku ni tak biasa lagi ngan kawasan tu jadi dia tak tau jalan nak balik rumah. Mujur jugak masa tu belum ramai orang datang kat Masjid kalau tak risau gak aku ngan kereta yang keluar masuk.
 
 
Bila dah mengantuk baru la boleh duduk diam budak ni

Anak lelaki aku ni jenis yang tak tau takut walau dia tak kenal orang tapi dia boleh layan sembang. Kalau berjalan tak pegang tangan dia kuat2 komfem dia hilang sekelip mata sebab tu kalau pegi beli barang dapur kat Tesco aku paksa dia duduk dalam troli walau dia menggelupur nak keluarpun aku tak bagi. Kalau boleh memang tak nak bawak anak2 aku ni ikut pegi beli barang tapi sebab dah tak ada sapa nak tunggu dorang kat rumah terpaksa juga la bawak.

Anak perempuan aku plak semalam la kali pertama  dia hilang sebab biasanya dia memang kalau berjalan tak pernah jauh dari aku. Masa anak perempuan aku ni hilang dia tengah jalan ngan Mak Ngahnya sebab aku tengah melayan si anak lelaki aku. Bila aku pegi kat Kakak aku, aku tanya mana anak aku kakak aku kata dia baru je pegi  kat aku masa tu la aku gelabah sebab dia tak de plak kat aku. Rupa2nya masa anak perempuan aku ni nak pegi kat aku sorang perempuan cina ingat anak aku dah hilang emak dan dia hantar anak aku kat kauter bayaran dan orang kat situ terus hantar anak aku ke kauter info. Memang sekejap sangat benda ni berlaku semuanya disebabkan salah faham. Syukurlah bukan kes curi anak kalau tak meraung aku jawabnya.

 
walau pun perempuan ligatnya boleh tahan jugak dia ni

Disebabkan anak2 aku yang aktif ni memang suami aku tak pernah nak bagi aku pegi shopping atau jalan2 sendiri bawak anak2 aku melainkan dengan adik beradik aku atau dengan adik beradik suami aku. Suami aku takut aku tak larat nak kawal anak2 aku yang aktif ni. Kalau hari biasa tak ada orang datang rumah aku, memang kami anak beranak berkurung aje dalam rumah. Bila duduk kat rumah pintu grill sentiasa kena kunci sebab kalau tak dikunci laju aje sikecik ni membukanya dan terus keluar pagar. Walau kawasan kejiranan aku ni selamat tapi aku takut anak aku ni terlebih2 kawasan plak dia merayap so kalau main waktu petang kat depan rumah pun aku kena tengok dorang takut hilang.

2 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

budak -budak , biasalah tu kalau tak meligat tak sah.jangan serik plak nak bawak dorang ji pasaraya. Tak kemana tu InsyaAllah, merayau-rayau kawasan tu je. pasal kunci tu wajib, budak -budak pantang pintu terbukak menonong keluar.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

aktif tul anak-anak awak..mmg betul ckp suami awak..jgn jln sorang sbb susah nk handle budak-budak aktif ni..takut kalau-kalau org jahat amik kesempatan..