Tuesday, 15 November 2011

Burung Ruak2 ke Burung Wak2 dan Cerita Mistik La Sangat....

Assalamualaikum,

Sekarang ni kat kampung tengah musim orang mencari burung, tetengah malam je mesti terdengar orang panggil burung. Masa aku kecik2 dulu selalu ikut aruah bapak pegi mendekut burung wak2 atau burung ruak2. Masa dulu guna seruling nak panggil burung ni sampai penat muncung meniupnya tapi orang sekarang dah kreatif pasang jer tape bunyi seruling tu nak panggil burung jimat air liur.

Anak saudara adik ipar aku lagi hebat siang2 hari pun dia boleh tangkap burung ruak2 ni tak yah guna tape pun, tapi ikut cuaca jugak katanya kalau mendung2 banyak burung keluar masa tu la dia guna skillnya nak tangkap burung ruak2. Masa balik kampung hari tu dapat la aku merasa makan burung ruak2 lagi ada la 5 ekor di goreng ngan dibuat masak sambal memang sedap. Masa nak balik dapat lagi 4 ekor apa lagi sambar aje la bawak balik.


burung ruak2 goreng pun sodap, ni burung ruak2 campur ngan burung ayaman dagingnya sedap sampai ketulang.


Ada juga kisah mistik tentang memanggil burung ruak2 ni, masa umur aku 11 tahun mak ngan aruah bapak aku tengah syok memanggil burung ruak2 kat belakang rumah kami. Zaman tu rumah kecik pun dibuat kat belakang rumah so kalau nak membuang air tu terpaksa la ke belakang rumah. Tengah malam tu aku sakit perut, disebabkan mak ngan aruah bapak tengah mendekut burung so tak payah la aku susah2 nak ajak temankan pegi rumah kecik, dengan beraninya aku pegi sorang2 tapi diorang tak sedar pun aku pegi sebab tengah kusyuk. Tengah aku berhempas pulas mengeluarkan isi perut tetiba aku nampak mak ngan aruah bapak terkocoh2 berkemas nak balik rumah. Disebabkan aku tak bawak pelita kerumah kecik diorang tak nampak aku tapi aku nampak diorang sebab ada cahaya bulan sikit2 so mak ngan aruah bapak aku menonong je naik rumah tinggalkan aku sorang2 kat rumah kecik. Tak lama lepas dorang naik rumah aku pun menyusul naik ke rumah, tetiba je dorang pandang satu sama lain pastu ketawa guling2... aku pun jadi kompius nape dorang ketawa.

Rupanya mak ngan aruah bapak aku kelam kabut berenti mendekut dan naik ke rumah sebab dorang ingat hantu burung ruak2 dah turun nak mengacau dorang mendekut sebab malam tu sekor burung pun tak de yang sangkut kat jaring. Rupa2nya hantu kepala hitam, aku la tu yang mengeluarkan bunyi2 seram dari rumah kecik. Sebab dorang tak tau aku yang tengah membuang air kat rumah kecik malam tu sebab tu la dorang cuak semacam bila dengar bunyi pelik rupa2nya anak bertuah dorang ni  disangka hantu hee... Kelakar je aku rasa masa tua orang tua pun takut hantu aku ingat budak kecik cam aku je yang takut. Sebenarnya orang dulu2 percaya yang burung ruak2 ni ada penunggunya sebab tu la bila nak mendekut burung ruak2 ni ada pantang larangnya. Contohnya kalau dah berjam2 mendekut sekor burung pun tak dapat, bila ada benda pelik je kena terus berenti mendekut dan balik sebab orang dulu2 kata tu maknanya penunggu burung ni nak mengganggu. Betul ke tak hanya mereka yang tahu terpulang la nak percaya ke tak.

Pengajaran dari kisah aku ni ialah jangan la mudah terpengaruh ngan cerita2 mistik nanti nak pegi toilet pun nak kena mintak temankan.

4 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

maaflah cik ina dah lama tak ke sini, hampir terlupa ngan ko.teringin nak makan burung wak wak, sampai sekarang tak dapat.banyak dengar orang sebut je.mesti isi manis tu.

ibh said...

Mully..lama betul tak makan burung tu tau..Kikikii..memang mcm2 cita bila tingat time musim org carik burung ni..Nostalgia betul lah..Rindu kampung...Tapi kan..aku cukup takut dgr bunyinya tau..heeee

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sy sama cam cik ina..sori lama x jengah..tp masih ingt awak sbb mmg ada dlm bloglist..


sy x penah mkn burung ni..tp citer awak disangka penunggu ruak-ruak tu mmg lucu haha

Anonymous said...

mana nak download bunyi burung wak wak nii???macam best jer..nak g tangkap laa..tq