Assalamualaikum,
Hari ni aku nak kongsi sikit info tentang menopause untuk pengetahuan diri sendiri dan yang sudi baca. Sumber info kredit to mr.gugel
Apa itu menopause?
* Bermaksud tiada lagi mengalami
kedatangan haid
* Anda tidak boleh lagi mendapat zuriat
* Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba,
beransur ansur atau tidak tetap
Bila menopause berlaku?
Menopause berlaku dikalangan wanita yang berumur 45
hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun.
Bolehkah menopause berlaku sebelum usia 40
tahun?
Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia
dikenali sebagai menopause awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi.
Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopause yang mungkin
disebabkan oleh:
* Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah
ovari
* Penyakit penyakit darah (autoimune)
contoh Systemic lupus Erythromatosus, rheumatoid arthritis, Hypothyroidism atau
Crohn's disease
* Penyakit keturunan contoh, Familial
ovarian failure dan galactosaemia
* Jangkitan viral
* Kebanyakan sebab sebab masih belum
diketahui.
Apakah tanda-tanda menopause?
Tanda tanda menopause terbahagi kepada:
1. Gejala vasomotor
* Panas dan kemerahan
dimuka
* Berpeluh
* Denyutan jantung
yang laju
* Serangan kegugupan
(panik)
* Susah tidur
2. Gejala mental
* Emosi yang
berubah-ubah
* Suasana perasaan
yang berubah-ubah
* Keletihan
* Kurang daya ingatan
* Mudah tersinggung
* Kurang daya seks
3. Gejala saluran kencing/Urogenital
* Kekeringan faraj
* Kerap kencing
* Kencing tidak
terkawal
4. Penyakit tulang
* Tulang menipis
(osteoporosis)
* Ketinggian badan
mengurang
* Kepatahan tulang
5. Lain-lain gejala
* Kulit menipis (
atrophy )
* Kehilangan anjalan
kulit
* Kulit kering
* Rambut bertambah
gugur
* Mudah mendapat ruam
Apa itu keadaan panas dan kemerahan dimuka?
85% wanita yang menopause mengalami keadaan panas dan
kemerahan dimuka:
* Kebiasaannya kepanasan mula dirasai dari
kepala dan muka kemudian menular keleher serta lain lain bahagian badan
* Berakhir untuk tempoh 3 hingga 6 minit
* Berserta dengan kelajuan denyutan
jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh
* boleh berlaku sekali dalam sebulan,
sekali dalam seminggu atau beberapa kali dalam setiap jam.
Adakah rawatan untuk tanda
tanda menopause?
Tingkatkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan
berkesan gejala-gejala menopause yang tidak disenangi. Ini termasuk:
* Makanan berkhasiat
* Elakan merokok
* Selalu bersenam
* Berfikir secara positif
* Melakukan pemeriksaan Pap Smear
* Melakukan pemeriksaan payu dara
Rawatan hormon gantian ( HRT ) ,boleh mengurangkan
simptom menopause dengan berkesan terutama keadaan panas dan kemerahan dimuka (
hot flushes ),kekeringan faraj,masaalah kerap kencing,kencing tidak terkawal.
Ini melibatkan pengambilan ubatan oestrogen sahaja atau oestrogen dan
progestin.
Hormon hormon ini boleh didapati dalam bentuk:
* Krim faraj
* Menanam
* Pil
* Suntikan
* Tampalan
* Memasukan alat vaginal ring
Apakah yang perlu saya buat sebelum mengambil
HRT?
Melakukan penilaian sebelum memulakan rawatan HRT, ini
termasuk:
* Pemeriksaan menyeluruh termasuk payu
dara dan pemeriksaan pelvis
* Papanicolaou smear
* Mammogram
* Fasting lipid profile
* Fasting glucose level
* Liver function test
Bolehkah HRT menyebabkan barah payu dara?
Risiko barah payu dara bertambah mengikut jangka masa
pengambilan HRT
Apakah kesan sampingan HRT?
Kesan sampingannya termasuk:
* Kesan sampingan ringan:
o Payu dara sakit
bila disentuh
o Kekejangan
o Membengkak
o Murung
o Loya dan muntah
o Sakit kepala
o Pendarahan dari
faraj
* Kesan sampingan berat:
o Barah payu dara
o Serangan sakit
jantung
o Angin akhmar
(stroke)
o Barah rahim bagi
pengambilan ubatan ubatan oestrogen yang banyak
Oleh sebab itu pesakit yang mengambil rawatan HRT perlu
dipantau rapi oleh kakitangan kesihatan yang profesional untuk membolehkan
mereka mendapat faedah yang maksima.
Bilakah HRT tidak sesuai digunakan?
HRT tidak sesuai digunakan:
* Mengandung
* Penyakit hati yang aktif
* Disyaki barah payu dara atau rahim
* Thrombophlebitis (pembekuan pembuluh
darah)
Dimana untuk mendapatkan bantuan?
Minta bantuan dari klinik kesihatan yang berdekatan.
Apakah kesan emosi wanita
yang putus haid?
Hormon estrogen boleh dianggap sebagai bahan penyeri
kepada paras wanita. Ia juga penting bagi menstabilkan jiwa dan emosi wanita.
Ekoran dari ketandusan hormon estrogen berbagai masalah jiwa dan emosi seperti
kesedihan tanpa sebab, ketakutan kerana memikirkan kemungkinan hilangnya
ciri-ciri kewanitaan dan perasaan mudah marah timbul. Mereka menjadi sangat
sensitif dan mudah merajuk. Selera mereka dan tidur mereka mudah terganggu.
Mereka sering rasa resah dan gelisah. Serba-serbi yang mereka dibuat menjadi
serba tidak kena. Mereka juga sering mengeluh dan menangis apabila
bersendirian.
Orang yang mengalami monopouse akan mengalami
perubahan
Imej dan Sikap
* Bina sikap positif dalam kehidupan.
* Terima perubahan yang berlaku dari segi
peranan.
* Kekalkan aktif secara fizikal dan
mental.
* Teruskan perjuangan hidup. Dapatkan
bantuan jika perlu.
Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang
mengalami monopouse?
Bagi mengatasi masalah jiwa dan emosi yang berkaitan
dengan putus haid, sokongan dari orang yang rapat dengannya seperti suami,
anak-anak, sadara-mara dan rakan adalah penting. Suami perlu memahami perubahan
akibat putus haid dan memberi bantuan dengan nasihat dan kata-kata yang
menaikkan semangat dan keyakinan diri wanita tersebut. Jika masalah yang
dialami itu teruk, perlulah ia mendapat nasihat daripada kaunselor atau doktor.
Kebanyakan daripada masalah-masalah tersebut hanyalah sementara dan akan lenyap
dengan sendirinya.
sekian terima kasih
*Tetiba otakku ligat berimajinasi
bila aku dah menopause maka suami aku pun mula nak bukak cawangan lain, masa tu aku dah tua kesian aku kesorangan... ciss setan betul syaitan yang menghasut otak aku ni. sedih kan kalau jadi macam yang diimajinasikan tu. Ya Allah jauhkan lah perkara seperti itu dari hidupku, Ameen!