Friday, 14 October 2011

Sup Tulang "Jewel In The Palace"

Assalamualaikum,

Dah seminggu rupanya tak de berita terkini kat blog aku yang dah naik berkarat ni, apa taknya aku ni penat la sangat kononnya. Disebabkan kepenatan melampau dicampur kemalasan sampai rumah aku dah tak terurus. Cuba bayangkan seminggu jugak aku tak menyapu sampah, mengemop lantai, cuci bilik air, kain baju tak berlipat, nasik tak masak, agak2 boleh hidup ke dalam rumah camni. Bila bukak je pintu rumah terkejut tetamu tak diundang hee... Hari ni aku dah okey dan segalanya berjalan seperti biasa baru la ada rupa rumah.

Semalam melayan drama korea Jewel In The Palace membuatkan aku teringin nak makan sup tulang, kalau ikutkan dalam cerita tu tiga hari kena reneh sup tulang mau lapor perut aku nak tunggu tiga hari. Zaman dah moden pressure cooker kan ada nak buat apa tunggu sampai tiga hari buat abis gas aje.


Ada pressure cooker cam ni tak yah penat nak tunggu 3 hari 15 minit pun dah cukup. Pressure cooker ni pemberian dari mak mertua yang baik hati.



Sila pilih tulang terbaik dari peniaga daging untuk mendapatkan sup tulang yang sedap, kalau tak ada dapatkan dari jabatan perbekalan istana. Buat susah2 aje beli kat pasar pun boleh.


Dah namanya sup tulang "Jewel In The Palace" kena la guna rempah ratus dari istana di zaman silam


Bahan sampingan selain lobak dan saleri buh la kentang jugak


Daun sup dan daun bawang untuk lengkapkan sup tulang


Bila sup tulang dah masak tabur daun bawang dan daun sup yang dihiris bersama bawang goreng, sup jadi lebih kaw!




Sup tulang sedap dihirup begitu saja atau makan dengan nasi, lagi kaw bila ada cili kicap. Masak sendiri puas makan kalau beli semangkuk lima hengget tak puas hirup sup dah abis.
 
Untuk dapatkan resepi sup tulang "Jewel In The Palace" sila tonton rancangan Jewel In The Palace di TV ALHIJRAH setiap isnin hingga khamis pukul berapa ya lupa plak.

3 comments:

Rina Rahamat said...

hehe..awak pon layan drama tu ya..sy dah download dari episod 1 sampai habis..boleh tgk dgn senang hati lalalala

Cik Ina Do Do Cheng said...

biar betek, apa cite tu. sedapnya sup tulang, makan ngan mee atau bee hon pun sodap. buat kicap cili. suri cik ina tertarik ngan periuk ko tu.teringin nak beli cam tu

SITI NOARIZAH ARIS said...

Ramai org kata senang pakai presure tu nmpknya kena gak beli satu ni pasal sy suka gak sup tulang dgn dgg ni tapi nak merebus lama2 tu yg naik malas tu.