Thursday, 29 March 2012

Wad Pengasingan

Assalamualaikum,

Aku dah tak tahan tengok along terus merengek2 sakit perut, makan ubat pun terus muntah. Bagi air garam 3 sudu dah tak nak lagi, yang dia mintak air suam tapi lepas tu sakit perut dan terus muntah lagi. Hati mana yang tak gundah gulana melihat anak sakit. Along dah la kurus bila muntah2 ni tambah cengkung sampai mata dah lebam pastu melepek terbaring merengek2 sampai tetido bila tersedar je panggil mama kata sakit perut.

pukul 5 petang bila asben aku balik kerja aku ajak dia pegi klinik anika, aku nak minta masuk air. Atas nasihat doktor yang hantar anak kat depan rumah aku memang dia suruh pegi klinik anika supaya senang nak refer ke HTAR. Tup tap tup tap maghrib baru siap pegi klinik anika. Mula doktor kat situ sengal je nak bagi ubat lagi, aku dengan nada hangin mula la mengajar doktor tu minta masuk air, lastnya baru la dia tulis surat refer ke HTAR. Doktor kerajaan ni kengkadang sengal gak, bukan aku nak mengutuk tapi tu la selalu main tanya je sakit apa pastu tulis ubat bukan nak check pun, dah kena ajar baru nak buat.

Kat HTAR tu berejam nak boleh masuk wad, aku awal2 lagi dah bagi tau along tak cirit birit cuma muntah. Entah apa ke sengal doktor tu boleh admit anak aku masuk wad pengasingan. Aku dah terkena dulu masa along umur 7 bulan masuk wad tu sekali ni terkena lagi. Aku tak perasan masa daftar tu sebab asben aku yang uruskan maklumlah aku nak menguruskan lagi 2 orang anak ni. Bila dah daftar terpaksa la jugak masuk wad tu. Doktor2 kat kecemasan ni sensitif dengan perkataan berak cair terus je nak masukkan orang ke wad pengasingan. Walau aku dah menegaskan bukan cirit birit doktor cayanunalif ni memang jidin sengal. Jawabnya dua tiga kerja la jawabnya bila dah masuk wad pengasingan ni.

En. Asben terpaksa bersengkang mata menjaga along kat wad pengasingan tu sebab aku ada baby kecil nak dijaga. Merasa la en.asben jaga anak sakit kat sepital selalu aku je yang bersengkang mata jaga anak sakit kali ni aku bagi peluang plak en.asben merasa susah payah jaga anak heee... bukan senang nak dapat peluang. Aku dah nasihat beli takaful untuk anak en.asben takmo kalau tak boleh aku angkut semua anak2 duk hospital mahal takde la en.asben susah2 kena duduk kat wad tu. Tak pe la ni la peluang en.asben nak cuci mata tengok misi misi yang comel kat sepital kerajaan (saja nak sedapkan hati en.asben yang susah hati kena jaga anak kat sepital

Bila dah masuk air nampak along cam dah segar sikit, dia dah boleh senyum dan mintak makan, baru dia kata lapar tapi yang di mintaknya gula2 kapas, pop corn ngan air rebina. Masa aku nak balik tadi siap suruh aku bawakkan bantal peluk dia, tak boleh tido katanya kalau takde bantal peluk. Along kata cepat datang dia takut sorang2 kat sepital. Mau dia tak takut masa kat rumah aku ugut kalau dia tak nak makan ubat aku hantar dia duk sepital sorang2 kejam betul aku. Bukan aku saja2 nak ugut tapi tu la cara supaya dia makan ubat. Yang sebenarnya aku sangat2 sayangkan anak2 aku walau kadang2 aku bertindak garang macam harimau.

*tak de sapa boleh melawat pesakit kat wad pengasingan cuma ibu bapa dan penjaga aje, sepi la along...rindu la dia kat abang ngan baby... semuanya disebabkan kesengalan cayanunalif tu tak paham bahasa melayu*

Wednesday, 28 March 2012

Bila Anak Diserang Demam Dan Muntah

Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk 4 hari along demam dan muntah. Hari ahad pegi kat Salam sebab kebetulan tido kat rumah kakak ipar kat Shah Alam ambik ubat dan neb sekali. Hari isnin along cam ok sikit tapi start malam melepek semula muntah2. Pagi selasa pukul 5 subuh aku tak tahan tengok dia merengek2 terus ajak suami pegi HTAR. Kat sana kena test darah ok tak de denggi dan bukan kena asma, doktor bagi ubat ngan air garam je. Geram gak aku sepanjang hari semalam along masih muntah2. Disebabkan doktor kata keadaan dia ok aku bertahan je dan kakak ipar aku pun kata ok. Apa yang membuatkan aku naik geram bila semua benda yang masuk mulut semua keluar balik. Mata along dah naik cengkung, hati aku ni panas je bila tengok keadaan anak aku jadi camni. Sakitnya hati bila anak sakit tapi doktor kata ok, adui aku tak tahan tengok anak sakit.

Sambil aku menaip N3 ni sambil suap bubur kosong kat along, dia pun sambil tertido2. Tak sampai hati tengok perut dia takde makanan, macam dah takde tenaga. Bagi segala macam air garam, 100plus, air masak, air sirap semuanya keluar balik. Aku tengok kalau siang nanti masih sama keadaannya aku nak bawak pegi klinik anika plak kalau doktor masih kata ok siap la mak aji jenab ni siap sedia nak mengamok. Bukan apa sampai tahap pegi buang duit kat hospital yang mahal pun, doktor kat HTAR tu cam memperlekehkan aku mula nak hangin.



tetido sementara menunggu  keputusan ujian darah.



budak ni memang tak tau tido



macam2 aksi dia buat, bukan aku tak larang tapi dah tak larat nak larang



bertahan duduk tak sampai seminit



bila dah tak de apa nak buat baby yg elok tido pun dia nak kacau sampai terjaga

Along ni tiap2 bulan mesti akan demam, macam tu la sejak dia lahir lagi. Aku tak tau nak buat macam mana. Kesabaran aku memang teruji bila anak aku yang sorang ni selalu jatuh sakit. Entah la kengkadang aku rasa macam aku dah mengabaikan anak2 aku je bila dorang jatuh sakit. Tu la along ni ketahanan dia cam kurang sikit, mudah sangat kena penyakit. Demam, batuk ngan selsema dah sebati dengan dia.




Saturday, 24 March 2012

Memey...Tinggal Kenangan

Assalamualaikum,

Salam tengah malam. Tetiba je menghapdet tetengah malam. Sebenarnya tengah meratapi si memey yang dah kembali ke alam lain. Dah hampir setahun suger glider yang aku bela ni menjadi penyeri dalam rumah ni akhirnya baru sekejap tadi dia mati. Sian plak si poey dah tak ada kawan bermain di tengah malam. Masa asben aku suh bagi makan buah tadi elok lagi memey ngan poey main2 dalam sangkar, sekali masa aku nak masuk tidur aku tengok kat sangkar tu memey dah tergolek. Asben aku yang baru masuk bilik tekejut bila dengar jeritan aku bagi tau memey dah mati. Detik 12 malam terpaksa asben aku menjadi sipenggali kubur untuk tanam memey.


memey yang depan sekali, dia suka main dan tak garang mungkin sebab betina. Poey garang suka terkam ngan gigit aku tiap kali nak bagi makan.



saat manis memey ngan poey



melekat kat badan abang

Mesti poey sunyi tinggal sekor dia je lepas ni, masa asben aku nak ambik memey tadi poey tarik2 dan gigit2 memey. Takut gak bila tinggal sekor dia je poey sunyi tak de kawan main tetengah malam, nak beli sekor lagi macam dah tak mampu je sebab yang betina ni mahal sikit.

Wednesday, 21 March 2012

Besday Boy Dapat Kek Angry Bird

Assalamualaikum,


Besday Boy bersama Kek Angry Bird pujaan hatinya

Suka sangan abang ni dapat kek besday angry bird yang dihajatnya. Besday abang 18hb tapi disebabkan mama belum habis pantang masa tu kena tunda sampai semalam baru dapat raikan. Telinga mama ni dah tak larat nak dengar si abang asyik merengek2 nak kek angry bird sejak dapat call dari peminat2 wish besday dia. Mujur semalam mak langnya dengan berbesar hati tawarkan nak beli kek angry bird dan neneknya sponser KFC. Apa lagi si abang ni selagi mak langnya tak sampai selagi tu la dia asyik cakap lambatnya kek angry birdnya tu nak sampai.



Peace tak tinggal kalau bergambar



kompius betul kalau besday mesti berebut nak tiup lilin walau bukan besday sendiri, anak sapa la ni ya hee.. anak jiran sebelah



potong jangan tak potong

Budak2 memang suka bila nak sambut besday, masa aku kecik2 dulu tak sambut besday pun sebab kurang mampu jadi bila time dah ada anak ni seboleh2nya cuba penuhkan hasrat anak2 yang nak sambut besday dorang. Bukan apa saja seronok tengok dorang happy bila dapat kek besday. Seingat aku dulu2 selalu sambut besday dengan buat pulut kuning, aku buat pulut kuning bila sambut besday anak umur setahun jer bila umur bertambah cuma potong kek je la.

Sunday, 18 March 2012

Salam Hari Minggu

Assalamualaikum,


Hari ni mood saya baik jadi saya senyum manis atas riba abah saya, saya bagi peluang mama saya nak berblog dan berfacebook sakan.



sambil tu saya sembang2 dengan abah saya sebab hari lain abah saya sibuk dengan kerja, hari minggu je abah saya boleh layan saya puas-puas.


ooppss tapi..



bila saya dah penat sapa2 pun saya tak nak saya nak mama saya jugak



wekk jangan marah ya mama lain kali bila saya tido boleh la mama sambung onnline