Thursday, 2 August 2012

Caramelized Durian

Assalamualaikum,

Alkisahnya si abang ni pantang nampak durian mesti dia mintak abahnya belikan, dah memang peberetnya durian sejak dulu-dulu lagi kena la beli jugak walau dibulan puasa sekalipun. Durian yang tak abis dimakan tu aku simpan dalam bekas dan simpan dalam esbox. Bila siang je si abang dok bukak tutup esbok sampai aku naik pening ngan bau durian tapi tak abis-abis jugak. Sudahnya aku buatkan caramelized durian abis cerita takde aku pening lagi dengan bau durian tu.



simpan caramelized durian dalam bekas kecik ni senang abang nak colek-colek. resepi caramelized durian ni Shahriah Abdullah yang empunya. terima kasih Kak Sha kongsi resepi yang mudah dan sedap ni, rasanya sama seperti lempuk juga cuma lebih mudah nak membuatnya. kalau durian banyak tu pandai-pandai la ejas nak membuatnya ya. untuk Cik Betty yang suka lempuk tu toksah susah-susah cerbuat je caramelized durian ni senang sesangat.


waktu berbuka tadi sempat la buat lempeng untuk di cicah ngan caramelized durian dan jem strawbery yang aku buat sendiri. abang suka cicah durian dan along suka cicah strawbery, haa layan je yang mana suka janji ada kuih.



3 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Selamat berpuasa.. :) dan terima kasih kerana sudi mencuba resipi akak ya... terus kembang kuncup.. ada lagi tak nak cikit? kecur dah ni huaaaaaaaaaaaaaa

ibh_sue said...

Nih kalo aku buat..kompem aku sorang juga yg makan..huhuhuu.
Lempuk yg bawa dr kampung pun ada lg dalam peti tu..Nasib bawa se taperware kecik ja..Kalo beso?..Berkulat lg la jawabnya...

Rina Rahamat said...

ahhhh sedapnyaaaa..sy nak amik resipi sekarang jugakkk!!