Wednesday, 1 August 2012

Bihun Goreng Jer Ya!

Assalamualaikum,



hari ni aku cuma masak bihun goreng jer untuk berbuka puasa
nasi aku tak masak pun, kejam ke?
tak kisah la janji sahur makan nasi
goreng bihun pun atas permintaan along yang dok merengek-rengek takmo puasa, puas aku pujuk supaya dia terus berpuasa.
tiap kali balik dari sekolah along mesti merengek-rengek nak minum air la, nak susu la sampai naik sakit telinga aku ni
aku tetap gak tak bagi along puasa sekerat hari sebab dia dah 6 tahun bila lagi nak start puasa kalau tak umur gini.
bila waktu berbuka along minum dua gelas air sekali gus, aku cuma mampu jeling-jeling jer... haus sangat la tu.
sebenarnya rasa kesian gak tengok along tapi aku kena tegas supaya dia tahu puasa tu wajib tak boleh senang-senang je nak puasa sekerat hari.



pengat labu untuk pemanisnya
dah stok labu dari kampung banyak apa lagi kena la masak
pikir esok nak masak apa lak ya... hari-hari memikir menu berbuka
wahai en, suamiku bila nak gi bufet ramadan ni ermmm...

4 comments:

ibh_sue said...

Labu aku sampai buruk dah haaa. . Kunun beli hr tu nak buat pengat. Nmpknya jamu mata tgk pengat ko ja lah.
Eh! Pinggan kita samaaaa. . Pinggan paling somi aku x suka. . Kikikiiii

gerhana luka said...

pinggan sama heee... suamiku jeling-jeling jer aku tau hatinya berkata-kata amboi beli pinggan baru kik.kik.kik

Rinna said...

Bihun goreng pun sodap.. :)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

kt rumah sy kalau ada bihun goreng camni utk buka..mmg x yah nasik dah..sahur pon kami x mkn nasik..mkn roti je :)