Thursday, 16 February 2012

Ikan Haruan Masakan Dalam Pantang

Assalamualaikum,

Bila dalam pantang ni nak makan pun kena jaga tak boleh makan makanan yang sejuk2. Mak pesan kena makan nasi panas dan jangan biar perut kosong nanti mudah dapat sakit. Mak aku sempat jaga aku seminggu je lepas keluar hospital hari tu pastu mak mertua pulak take over tak sampai seminggu. Hari ni aku mula bersendirian menguruskan diri dan anak2. Apa nak buat pandai buat anak pandai2 la uruskan tak gitu hee... takmo menyusahkan mak dan mertua sebab dorang pun ada komitmen lain tapi kalau dorang nak tolong terima je la.

Sebelum mak aku balik kampung hari tu dia dah siap2 buat stok lauk dalam pantang untuk aku. Mak aku perapkan ikan haruan simpan dalam esbok nak bagi senang aku masak. Stok ikan haruan sumbangan anak saudara dari kampung hasil menggagau kat sawah padi punya la banyak cukup untuk makan sebulan.


Ikan haruan ni dah siap perap tinggal tambah air asam jawa dan masak sampai pekat, nama masakan aku tak tau tapi tiap kali dalam pantang ni la masakan yang mak aku selalu masakkan. Mak perap ikan haruan dengan bawang putih, halia muda, lada hitam dan garam. Aku cuma tambah air asam jawa pastu masak sampai kuahnya pekat, makan dengan nasi panas baru berselera doh.
Kenapa la perut asyik lapar je time dalam pantang ni biskut jacob dah abis dua tin aku bedal dalam masa 10 hari, adui tak boleh jadi ni orang nak kuruskan badan dalam pantang aku plak cam nak menggemukkan badan plak.

Si abang ni tak renti2 mengadap si baby asyik nak di cium2 je baby tembam ni.

Wednesday, 8 February 2012

4450g = 4.450kg

Assalamualaikum

Tepat jam 0301 hari ahad 5 febuari 2012 bersamaan 12 rabiulawal 1433 hijrah seorang bayi perempuan seberat 4.450kg selamat dilahirkan. Sebaik tiba di PAC Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah bukaan dah mencapai 8cm bermakna dah nak bersalin sesangat. Sempat jugak la nurse tu bagi ceramah sebab lewat sangat datang. Mau tak lewatnya mana nak melayan anak manja yang tak mo tido terpaksa la tunggu sampai dia tido baru boleh gi hospital. Sebab lain lewat sebab tak rasa sakit sangat macam yang sebelumnya, ingat awal lagi la tak sangka plak dah sampai masa mujur tak bersalin dalam kereta.

Rasa kelakar plak bila nurse berlari2 tolak troli aku gi dewan bersalin, suami aku gelabah semacam ingat ada apa2, rupa2nya aku dah nak bersalin sangat2 amek ko. Bukan senang nak dapat pengalaman bersalin mudah camni agaknya berkat hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W hari tu makan senang je aku nak bersalin. Dua orang anak sebelum ni aku rasa ngeri je sebab sakit yang berpangjangan sampai kena bedah dan kena forseps. Alhamdulillah kali ni mudah, terima kasih kepada Allah S.W.T yang mempermudahkan segalanya untuk aku dan terima kasih pada mereka yang sama2 mendoakan aku.



Tapak kaki sebesar 2 jari ibu



sejurus keluar dari dewan bersalin 



5 jam selepas dilahirkan



Seusia 3 hari

Baby girl ni jadi tumpuan sebab kecubbiannya sejak dalam dewan bersalin lagi, mau taknya 4.45kg tu pipi je dua kilo hee...kot2 pipi 2kilo.

Saturday, 4 February 2012

Kontraksi Pun Bermula...

Assalamualaikum,

Akhirnya dah pun bermula saat2 yang aku nantikan. Pagi tadi dah pun keluar tanda tanpa ada sakit dan petang ni baru rasa sakit sikit. Sempat lagi aku mencuci lantai kat garaj ngan mengelap habuk2 kat perabot konon2 nak bagi cepat la bersalin. mau lewat malam sikit baru nak gi hospital bukan apa nanti kalau pegi awal2 sangat serabut kepala duk kat hospital.

nantikan my new baby soon, semoga semuanya selamat amin!

Thursday, 2 February 2012

Menghitung Hari Lagi...

Assalamualaikum,

Adui terasa lambat plak nak bersalin kali ni, ikut tarikh lagi dua tiga hari je lagi tapi terasa cam dah lama je mengusung perut yang memboyot ni. Bila keluar ke kedai ada je yang tegur eh belum bersalin lagi ke? itu orang yang menengok, aku yang mengandung ni lagi la berdebar2 menunggu hari.

Minggu ni minggu ulang alik ke hospital ngan klinik, dah naik semput aku rasa apa taknya selang sehari kena check up aku rasa orang lain takde cam aku pun. Masa jumpa pakar hari isnin lepas dia suruh aku pilih nak bersalin normal atau bedah, dah tentu la aku nak normal. Sebenarya aku serik bedah2 ni sebab masa anak sulung dulu bersalin bedah aku rasa cam seksa je. Biar aku cuba bersalin biasa dulu, semoga selamat hendaknya.

Sebenarnya aku rasa takut gak nak bersalin kali ni, masa scan berat baby ni je dah 3.6kg agak2 berapa la bila keluar nanti aku rasa cam berat je ni. Nak bawak pun da semput rasanya ni sampai aku dah kena buasir plak. Masa anak no 2 dulu lahir 4kg ok lagi rasanya tapi kali ni rasa cam tak larat plak. Ya Allah permudahkanlah untuk aku melahirkan anak ini.