Wednesday, 12 September 2012

Memang Mudah Untuk Memutuskan Tali Persaudaraan

Assalamualaikum,

(١) عَنْ أَبِى أَيُّوبِ رَضِى اللهُ عَنْهُ أنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَ يُحِلُّ لِمُسْلِمٍٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثِ لَيَالٍ، يَلْتَقِيَانِ فَيُعرِصُ هَـٰذا وَيُعْرِصُ هَـٰذا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأ بِالسَّلاَمِ
(رواه البخارى ومسلم)

(٢) قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَمَنْ هِجَرَ فَوقَ ثَلاَثٍ فَمَاتُ دَخَلَ النَّارَ

(٣) قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ هِجَرَ أخَاهُ سَنَة كَسَفْكِ دَمِهِ

Terjemahan:

(1) Daripada Abi Ayyub (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: “Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegoran dengan saudaranya (seagama) lebih dari tiga malam; mereka bertemu lalu yang ini berpaling dan yang itu juga berpaling, dan yang paling baik di antara mereka berdua ialah siapa yang memulai salam”.

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]



(2) Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): “Barangsiapa yang tidak bertegoran lebih daripada tiga (hari), lalu ia mati, maka ia masuk neraka”.

[Hadis Sahih Riwayat Abu Daud]



(3) Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): “Barangsiapa yang tidak bertegoran dengan saudaranya (seagama) selama setahun maka (dosanya) seperti membunuhnya”.

[Menurut Imam An-Nawawy Hadis ini sanadnya sahih riwayat Abu Daud]

Tetiba je terasa nak jadi ustazah pilihan, kesemua yang diatas adalah status copy paste. 

Sebenarnya aku terpanggil untuk menulis tentang realiti kehidupan duniawi seorang insan yang pada aku teramatlah sombong sehingga dengan angkuh memutuskan hubungan persaudaraan dan menafikan pertalian yang wujud. Seandainya dia sedar siapa dirinya pasti dia tidak akan semudah-mudahnya untuk memutuskan tali persaudaraan. Ingatlah wahai insan yang bernama manusia sesungguhnya engkau hidup didunia ini bukan hanya untuk menongkat dunia, sedarlah bahawa bumi yang engkau pijak ini milik Yang Maha Berkuasa. Tidak akan wujud engkau tanpa kedua ibu bapamu dan tidak akan lengkap engkau tanpa saudara-saudaramu. Jangan engkau nafikan saudaramu kerana suatu hari nanti saudaramulah yang akan menolong engkau. Tidakkah engkau sedar bahawa tidak semua orang suka padamu? tidak semua orang senang dengan sikapmu? dan tidak semua orang jujur denganmu.

*susah-susah aku tulis macam la orang tu baca blog aku tapi kalau baca pun bagus jugak semoga dia mendapat petunjuk dari Allah S.W.T

3 comments:

Acik Erna said...

Assalam GL takut acik baca..tapi ada masanya tak bercakap bukan memutuskan ..tidak jugak bermusuh..cuma bercakap bila betul2 ada yang perlu untuk menjaga hati .

gerhana luka said...

w'salam Acik. yang ni memang sah-sah memutuskan terus kerana keegoan yang sangat tebal sehingga bertahun-tahun tidak bercakap walau jalan berbaik telah dimulakan.

Rina Rahamat said...

as-salam muly..selamat hari raya


takpela muly..dah dia x nak kawan biorkan si luncai dgn labu-labunya hehe