Assalamualaikum,
Sekarang ni nak berblog dah agak terhad sejak modem rosak akibat dikerjakan oleh si budak kecik yang teramat lasak ni. Percaya tak meja makan kat rumah ni dah takde kerusi, sebab semuanya terpaksa aku sembunyikan. Semuanya gara2 si kecik asyik memanjat naik atas meja makan. Haru betul kan bila anak terlalu ligat ni tak boleh lepa sikit memang tunggang langgang rumah dibuatnya.
Ok la terus ke tajuk utama, aku baru mencuba rumpai laut yang tengah hot sekarang ni. Sana sini orang dok makan rumpai laut maka aku pun teringin la mencubanya. Dikatakan rumpai laut ni membekalkan kandungan kolagen yang baik untuk badan sebab ianya belum diproses bak kata orang masih ori lagi tak ada sebarang campuran.
Aku guna rumpai laut yang warna kuning gred AA, yang ni kurang sikit baunya berbanding yang warna ungu gred AAA. Rumpai laut ni kena di basuh beberapa kali dulu kemudian remdam semalaman sebelum boleh dimasak. Air rendamannya boleh digunakan untuk buat spa kaki gitu, itupun kalau rajin nak menyepa kaki heee...
Rumpai laut yang direbus ni aku buh daun pandan untuk mendapatkan aroma yang lebih menyegarkan. Untuk setiap 100gm rumpai laut kuning perlu direbus dengan 2.5 liter air. Kalau yang kaler unggu plak setiap 100gm kena rebus dengan 2 liter air. Aku tanya kawan pembekal rumpai laut aku apa beza yang kaler kuning ngan unggu ni, katanya yang kaler unggu hasiatnya lebih banyak sebab proses pengeringannya secara sendiri iaitu guna cahaya matahari. Rumpai laut yang kaler kuning pulak dikeringkan guna kaedah stim atau guna oven jadi hasiatnya dah berkurangan sikit. Rumpai laut yang unggu disarankan untuk warga emas atau yang berusia sikit sebab kolagen dalam badan golongan ni dah banyak hilang. Untuk yang perasan muda macam aku ni boleh la guna yang kaler kuning ni maklumla kolagen dalam badan aku kan masih banyak cuma nak kekal awet muda jer hee..
Ni dia kolagen yang siap aku perasakan dengan roselle, so jadila kolagen + vit C. Siap untuk dimakan cuma perlu simpan dalam peti ais bila nak makan ambik dalam 3 sudu pastu telan dan jangan lupa untuk minum air masak banyak-banyak. Harap-harap lepas ni kulit aku bertambah cantik dan tegang hee... korang bila lagi nak cuba.
1 comment:
Makin bergetah la kawan aku ni nanti..Hee3,,Aku guna yg purple..Tapi bg hb aku minum..Aku guna tuk luaran ja..
Post a Comment