Saturday 30 June 2012

Oreo Muffin Resepi Mudah Permintaan Dari Along

Assalamualaikum,

Hari ni sempat buat muffin menggunakan resepi mudah yang diambil dari MyR. Saja aku nak menerai resepi lain dari yang biasa aku gunakan iaitu dari resepi CMG.


tengok la muffin ni merekah cantik tu yang seronok kalau buat muffin. gambar tak edit ni kelabu sikit la pulak



posing sikit cik muffin kita tu shedapnya...

resepi oreo muffin mudah

220g tepung naik sendiri
1/2 cawan gula castor
3/4 cawan susu segar
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
150g oreo dikisar (boleh ganti dengan bahan lain seperti pisang atau sebarang perasa yang disukai)
2 biji telur dipukul sedikit

panaskan ketuhar
satukan bahan kering dalam bekas dan gaul sekata. buat lubang ditengah-tengah.
satukan semua bahan basah dan tuang dalam bahan kering.
kaup balik adunan
masukkan 3/4 penuh dalam cup muffin.
bakar sampai masak

Thursday 28 June 2012

Kek Marble Tiga Rasa Bondalicious ---> Jadi Sayalicious

Assalamualaikum,

Akhirnya lepas gian aku nak membaking bila dah ada bahan maklumla baru dapat alaun dari en.suami hee... Lepas maghrib je terus start projek, waktu tu en.suami belum balik kerja lagi. Masa en. suami balik aku tengah sibuk memutar adunan terus je en.suami sound oOOh dapat elaun ini yang dibuat ya! aku apa lagi sengih je la. En. suami  basuh tangan terus take over memutar adunan kek tak boleh blah betul, terpaksa la aku mengalah.


tak menjadi marble cuma membelang je, tak reti la nak memarble aduii Kak Sha camane ni. apa-apapun yang pastinya kek ni dah tentu la delicious seperti namanya. tak caya buat la sendiri tau resepi sila ambil kat blog KAK SHA TERSAYANG ; )) ni jangan malu-malu ya.



nampak tak yang bahagian koko tu ada penambahan disitu aku tambah choc chips dalam adunan koko, sedapnya bila terkunyah choc chips... ; )) suka tau. Bila balik kampung nanti nak buat kek ni untuk Mak Tersayang pulak dan kalau MAK BUYUNG ni belum due dapat la dia merasa sekali.

Wednesday 27 June 2012

Popia Horlick vs Popia Lipat Sambal

Assalamualaikum,


popia horlick ni aku buat semalam untuk dikunyah-kunyah sambil mengadap tv. dah takde apa2 nak dikunyah teringatkan kulit popia yang dah lama memerap dalam esbox terus je aku gulung2 dan goreng, resepi dan cara nak buat kat SINI ya.


asal kejadian versi popia ni sebabnya aku jadi malas nak menggulung kulit popia tu. aku main taram je lipat-lipat kulit popia jadi tiga segi pastu gam dengan tepung gandum yang dibancuh. cepat siapnya sebab tak perlu menggulung hee... selesai kulit popia aku tu. sedap jugak popia versi sambal ni, semangkuk popia ni untuk along kunyah-kunyah. along memang antu popia dia sorang je ngadap boleh abis.

Sunday 24 June 2012

Sup Tulang Istimewa Hari Ahad

Assalamualaikum,


apa yang istimewanya sup tulang ni? takde istimawa pun cuma biasanya aku masak kari tulang tapi hari ni tukar selera pulak tu yang masak sup tulang. Sesudah siap je masak ramai pulak tetamu yang datang jadinya makan la beramai-ramai sup tulang ni, dah namanya rezeki tetamu yang datang kan. Rezeki yang sedikit dikongsi bersama terasa enak dinikmati sehingga ada yang menghirup kuah sup dalam mangkuk.



tersenyum kekenyangan
bye...

Friday 22 June 2012

Puding Lapis Jelly Strawberry Nenas

Assalamualaikum,

Bila duduk-duduk takde buat apa ni terasa bosan je asyik2 ngadap tv cite kartun. Heee.. sebenarnya banyak jer benda nak dibuat cuma M ajer tapi kalau masak aku rajin la. Hari ni aku buat puding jelly buat stok makan sambil tengok tv sebab buh puding dalam bekas kecik-kecik senang nak angkut.



1 cawan tepung kastad
4 cawan air
1 tin susu sejat
1/2 cawan gula
air kiub nenas dalam tin 

masak semuanya sampai masak dan pekat



senduk adunan puding ke dalam bekas, sememehnya...



masakkan jelly srawberry segera mengikut arahan yang tertulis pada kotak. sendukkan jelly ke dalam bekas puding tadi kemudian buh nenas kiub.



dah siap biar sejuk dulu baru masuk dalam peti ais, dah betul-betul sejuk baru ngap... sedapnya makan waktu cuaca panas camni.

Thursday 21 June 2012

Lucky Number

Assalamualaikum,


 semua orang kenal not ni kan. jangan kan orang dewasa anak aku yang kecik pun tau ni duit. anak aku tak tau berapa nilai not 50 ni dia boleh ambik nak buat beli aiskrim kting... kting.. lalu depan rumah, janji duit.



aku saja nak  tunjuk no siri kat duit tu macam best aje kan. nak tau apa yang bestnya?
bukan no ekor tau no sirinya walau dibaca terbalik pun masih no yang sama. nak tau apa yang best lagi tentang no siri tu?
no siri tu merupakan no ic aku ha.ha.ha.. itu je so aku simpan not 50 ni untuk koleksi aku takmo buat belanja. jangan kena ambik di abang nak beli aiskrim sudah menangis mama nanti.

Wednesday 20 June 2012

Gulungan Roti Sardin Bersama Seaweed ermmm... Anak2 Suka

Assalamualaikum,

Dah lama tak makan roti sardin gulung asyik2 buat roti telur je untuk sarapan anak2. Nasib baik ada baki sardin malam tadi tak habis cepat2 aku buat roti gulung. Anak2 aku kalau dengan roti telur memang cukup suka. Kalau masak je memang tak sempat situkang masak ni nak merasa. Ada seaweed yang tak habis dok terbiar je sebab seaweed ni takde rasa pedas anak2 aku pandang sepi je, dari terbiar tak habis aku bagaikan buh kat gulungan roti sardin.



lenyek roti bagi nipis pastu susun seaweed atas roti, tengok la seaweed aku sampai koyak aku kerjakan hee...



buh sardin atas seaweed pastu gulung.



gulung sampai habis pastu baru la goreng



angkat roti sardin yang dah siap digoreng letak atas tisu supaya dapat menyerap minyak.



gulungan roti sardin berseaweed siap untuk dimakan, anak2 aku makan sampai licin. bila dah abis suruh plak aku masak lagi esok ha.ha.ha.. layan aje la

Monday 18 June 2012

Agar-agar Oreo Milo

Assalamualaikum,

Tergoda ngan jelly oreo milo kat SINI tau. Bila dah tergoda tu pepandai la nak membuatnya ya, tapi serius aku memang jenis tak sabo kik.kik.kik. apa taknya nak menunggu jelly tu keras sebelum mula melapis memang satu dugaan buat aku. Apa-apapun jelly oreo milo ni memang best terima kasih kepada empunya resepi asal kerana telah berkongsi resepi dan telah dipanjang-panjangkan kepada ramai yang lain.



ni baru lapis kedua, aku rasa tak nak siram selapis lagi sebab tak sabo nak rasa heh.heh.heh.. saja biar dua lapis aje, sejuk kan cepat2 letak dalam air pastu bila sejuk terus letak kat tempat beku esbox. haa kan dah kata tak sabo mesti terus nak rasa. Bukan mama je yang tak sabo si abang yang paling sibuk sekali sebab dah ternampak waktu aku patah2 oreo nak letak kat dalam aga2-agar tu la. Sibuk si abang nak makan agar-agar ni tau, bila aku potong je terus dia ngap tu la penangan oreo.



waktu aku nak ambik gambar pun abang dah bising-bising lambat sangat nak makan hee... yummy nya..



ni dinamakan kesilapan teknikal disebabkan ketidaksabaran nak melapis ha.ha.ha..
kengkonon nak buat 3 lapis tapi adunan milo tu boleh pulak tak cukup untuk lapisan ke 3. jadila camtu lain kali sukat betul2 bagi sama banyak ya.
resepi asal ada kat LINK atas tu sila la klik ya tapi aku buat versi aku menggunakan agar2 yang bertali 20g jadi resepinya macam ni.

agar-agar oreo milo versi derhaka minta maaf ya empunya resepi

20g agar-agar tali
1.5 liter air
200g gula
1 tin susu sejat 400g
1 cawan milo
oreo secukupnya dipatah-patah

rebus agar-agar dalam air sampai hancur dan masukkan gula
biar hancur semua kalau tak hancur sila tapis
masukkan susu sejat dan biar mendidih
bahagikan adunan kepada 3 bahagian
2 bahagian masukkan milo dan 1 bahagian biarkan warna asal (aku derhakakan resepi cam sue hee.. masukkan horlick)
tuang separuh adunan milo dalam loyang, biarkan mengeras sikit baru masukkan adunan putih kemudian taburkan oreo yang dipatah-patahkan.
bila lapisan oreo dah mengeras sikit baru tuang baki adunan milo dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. dah sejuk baru potong dan ngap...ngap.. la

*sila bersabar untuk melapis ya jangan jadi macam aku tak menyempat.

Saturday 16 June 2012

Bubur Labu Berjagung ---> Teringat Pure Pumkin Flower

Assalamualaikum,


labu fresh from pokok labu yang ditanam sendiri, opps bukan aku yang tanam tapi mak yang tanam kat kampung. ambiknya dah lama tapi baru nak dimasak, apa yang aku suka tentang labu ni bukan apa walau kita simpan lama dia tak buruk tak macam buah lain. orang kata makan labu boleh buat otak jadi pintar betul ke cer google khasiat labu sendiri ya.



kikis-kikis kulit labu dah basuh. aku suka buat bubur labu  dengan kulit labu yang dikikis aje.



belah labu dan buang bijinya, kemudian potong kecik labu tu ya.



parut jagung dalam 4 tonggkol untuk buh dalam bubur labu



buh sekali labu dan jagung dalam periuk, pastu masuk santan, daun pandan, gula kabung ngan gula pasir.



masak bubur labu tu sampai labu empuk. sentiasa kacau supaya santan tak pecah minyak. aku buh jagung dalam bubur labu sebab jagung ada 4 tongkol aje kalau buat bubur jagung semata-mata nanti tak cukup, pandai aku kan nak bagi banyak bubur tu kik.kik.kik.



dah masak pun bubur labu berjagung aku, anak aku bila terbau aje terus tanya apa yang aku masak, sedapnya bau mama masak ni. bila aku cakap bubur jagung terus aje dia mintak semangkuk.



sebelum dapat makan bubur labu berjagung ni aku suh abang mandi dulu baru boleh makan, cepat2 abang pegi mandi dan pakai baju terus duduk kat meja nak makan bubur sedap ni. saja suruh mandi dulu sebab sementara abang mandi bubur dalam mangkuk tu takde la panas sangat senang dia nak makan.



PEACE YO!


Pure Pumkin Flower tajuk cerita korea yang aku suka tengok kat chanel ONE takde pulak ulangan cerita tu.

Friday 15 June 2012

From Kenyir --> Felda Aring --> Gua Musang --> Cameron Highland --> Simpang Pulai

Assalamualaikum,

Jauh perjalanan tajuk N3 aku kan. Sepanjang percutian tak terancang aku hari tu inilah kali pertama aku dapat melihat pemandangan sepanjang perjalanan dari Terengganu ke Perak melalui tasik kenyir. Sebenarnya ini adalah kali ketiga aku dan keluarga melalu jalan yang sama untuk ke Perak dari Terengganu. Kali pertama dan kedua melalui jalan ni sebenarnya adalah pada waktu malam jadi tak tau apa yang ada dikiri dan kanan. Waktu perjalanan malam memang tak nampak pemandangan cuma boleh agak2 apa yang ada dengan cahaya bulan aje. Kali ni baru la dapat tengok pemandangan hutan dan tasik sepuasnya bila melalui jalan ni. Sayangnya tak ada camera yang canggih untuk merakam gambar pemandangan, yang ada cuma camera henpon yang tak canggih.



Tasik Kenyir dari atas jalan, teringat aku masa zaman meredah hutan mendaki gunung dizaman belajar dulu ohhh rindunya masa itu. rindu zaman kegemilangan meredah hutan, rindu kicauan unggas, rindu bau hutan, rindu air gunung, rindu matahari terbenam dan terbit diatas puncak gunung, rindu geng2 kembara, rindu pakai baju basah waktu pagi saat nak mendaki, rindu tidur dalam khemah, rindu makan ramai2, pendek kata rindu-serindu-rindunya waktu itu.



Impian nak masuk Kenyir belum tercapai, entah bila nak pegi tak tau la lagi walau rumah tok suami aku dekat je ngan Tasik Kenyir.



Baru tau kiri kanan hutan kat jalan ni. dua perjalannan sebelum ni memang tak nampak sebab malam, waktu tu takut jugak perjalanan malam mana tau tetiba ada gajah melintas. pengalaman kakak ipar aku nampak gajah melintas semasa melalui jalan ni dah cukup menggeletarkan lutut.


sempat berenti kat sentuari gajah nak penuhi hasrat anak2 nak tengok gajah. sebenarnya aku ketar lutut tengok gajah tau sebab aku membayangkan gajah tu hempap kakinya atas aku penyek jawabnya kik.kik.kik. anak aku ni selamba je berani nak dekat ngan gajah tu aku beria2 tak bagi dekat takut you...



anak gajah ni jadi tumpuan sebab dia kecik lagi dan manja. celah-celah kandang ni muat untuk anak aku menyusup masuk kedalam nyaris tau cepat2 aku tarik tak bagi masuk.



masuk je jalan ke Gua Musang hari dah nak gelap sebab lama sangat kat Felda Aring apa taknya jalan kat situ berlubang2 teruk dua tiga kali terberenti nak elak lopak yang dalam sebab kereta kami terlowed sangat bila jalan  berlopak asyik tersangkut. bila lewat memang tak tercapai hasrat nak tengok pemandangan merentasi Cameron Highland dari Gua Musang jawabnya. satu soalan dari anak aku tak berenti2 kat Gua Musang ni ada banyak musang ya mama? aku ya kan aje sebab aku tak sempat lagi nak mendalami sejarah Gua Musang hee...



kami sampai di Simpang Pulai dah malam so takde peluang nak merayap tapi pagi2 esoknya suami aku dah merayap sampai ke pasar pagi kat Gopeng dan aku ditinggalkan kat rumah kakak aku. tengok la berposing sakan ngan bike zaman british cik abang aku ni. tuan punya bike ni ada beberapa bijik bike lagi menurut kata suami aku. cantikkan moto ni tapi orang yang atas moto tu apa kurangnya ha.ha.ha..



panjang usia moto ni tapi masih cantik pandai tuannya jaga


Wednesday 13 June 2012

Pulut Manis Durian aka Wajik Durian

Assalamualaikum,

Aku ni sebenarnya penggemar makanan dan kuih muih tradisional. Kalau jumpa baulu, dodol, wajik gerenti aku tak tolak punya. Waktu pegi menghantar pengantin kat Ipoh minggu lepas, keluarga pengantin lelaki bagi gift yang dalamnya ada sebekas kecik wajik mana cukup untuk aku. Apalagi menggelepor aku nak makan wajik. Nasib mak aku terrer dalam membuat kuih muih tradisi ni aku pun ambik resepi dari mak. Maka menggigih la aku mengacau wajik berperisa durian lagi ha ambik ko.



kukus pulut anggaran sekilo lebih. aku suka wajik yang bila dikunyah ada krup.. krup... jadi pulutnya harus dikukus kalau nak wajik yang kembang pulutnya harus ditanak. bila pulut dah masak biarkan sejuk dan ketepikan.



dalam kuali besar masukkan pati santan dari dua biji kelapa, anggaran dua mangkuk besar. masuk kurang sekilo gula pasir maksudnya jangan habiskan sekilo gula. masukkan juga 1/2 kilo gula merah dan 3 helai daun pandan yang disimpul. 



kacau2 air gula tadi sampai pekat guna sudip kayu



sentiasa kacau sampai membuak-buak camni dan agak pekat baru masukkan pulut



teruskan mengacau pulut, dalam pada tu sempat call mak tanya masa bila nak letak durian ni... mak aku kata kalau nak bagi rasa duriannya kaw kaw masukkan durian lepas masuk pulut. nak masuk durian sebelum pulut pun boleh tapi rasanya kurang sikit.



masukkan isi durian sebanyak yang disukai dan terus kacau sampai pulut pekat



inilah dia pulut manis durian aka wajik durian kesukaan aku. punyalah banyak pulut manis ni sapalah yang akan jadi mangsa untuk makan ni ya... setakat ni belum kuagih-agihkan lagi. sapa nak makan boleh la ambik kat umah aku ni ha.ha.ha.. sekuali besar wajik durian aku tau, ni macam nak buat kenduri la pulak. sapa suka wajik boleh la buat ya.

Tuesday 12 June 2012

Happy Father's Day

Assalamualaikum,


kad hari bapa dari along untuk abahnya


super hero along adalah abahnya


sebatang pen kaler emas untuk abah


mama tanya along kenapa abah dapat kad hari bapa tapi mama tak dapat kad hari ibu, mungkin school dia tak sambut hari ibu kot... nampak kejelessan disitu huaaa...