Thursday 12 May 2011

Labu Sayung

Assalamualaikum,

Hari ni nak cerita pasal satu benda yang orang dah tak guna untuk simpan air tapi ramai orang guna buat hiasan dalam lemari je. Hari tu aku pegi jalan2 kat perak terjumpa orang jual labu sayung ni. Ingatkan mahal rupanya murah je cuma RM18 je. Mak cik tu kata dia buat sendiri labu sayung ni sebab dia usahakan sendiri pembuatan labu sayung kat kampung dia. Tapi teknik pembuaatan dah tak macam dulu2 dia pakai bakor guna oven je dah tak guna bakor pakai arang, moden dah tu. Rasanya oven dia mesti besar, kalau  nak bakor biskut raya senang dapat sekali harung je dah boleh buat macam2 jenis biskut.


Menurut kata mak cik tu, bagus kalau kita minum air dalam labu sayung sebab dapat sejukkan badan. Yang penting tak de bahan kimia sebab labu sayung ni dibuat 100% dari tanah liat. Kalau bubuh air dalam botol plastik ada bahan kimia yang akan meresap dalam air tu jadi kualiti air masak dah tercemar. Betul la kata mak cik tu botol plastik memang tak elok digunakan untuk simpan air minuman. Apa yang mak cik tu kata lagi air labu sayung ni boleh buat jaram kat kepala anak kecik yang demam, cepat turun suhu panas. Katanya lagi kalau kena demam campak boleh la mandikan dengan air labu sayung ni. Fuhh banyak betul khasiatnya, aku pun beli la satu.

Sekarang aku minum air dari labu sayung, memang sejuk airnya dah tak payah minum air sejuk dalam peti ais. Apa yang aku tau la kan memang tak elok minum air sejuk lagi2 yang berais, memang sedap kan pekena air yang berais ni sungguh nikmat. Tapi tau tak apa kesannya kalau kita minum ais tak kira la teh ais ke nescafee ais ke, sirap ais ke, lebih2 lagi bila lunch makan nasi ngan gulai lemak fuhh... bertambah2 la lemak menempel kat dalam badan. Menurut kajian kalau kita minum ais lepas makan, lemak2 akan berkumpul dan menyumbatkan saluran jantung, risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah tinggi. Bagi orang yang nak jaga badan elakkan minum minuman berais kerana salah satu sebab berat badan tidak turun dan perut buncit walau badan kurus adalah disebabkan amalan minum minuman berais. Oleh itu amalkan minum air suam atau air kosong sahaja selepas makan untuk mengelakkan lemak berkumpul.  Fuhh.. panjang lebar penerangan aku cam pakar pemakanan plak.

Berbalik kepada labu sayung semula, aku bukan apa sebenarnya dari aku biar je labu sayung ni jadi hiasan dalam lemari ada baiknya aku isi air masak letak atas meja senang anak aku nak minum air. Lagipun minum air dari labu sayung ni lagi bagus dari minum air yang disimpan dalam botol. Botol plastik aku tak guna aku jual kat apek jual botol. Ni salah satu dari cara menyahut kempen Go Green dan selamatkan bumi heee...

No comments: